Home > POLITIK > PAS bohong lagi di Tenang

PAS bohong lagi di Tenang

ISU TUDUHAN UMNO MEMBIARKAN JENAZAH DEMI MERAIKAN PEMIMPIN

Semalam melalui HarakahDaily, orang PAS sekali lagi membuat tuduhan palsu kepada UMNO dan berbohong rakyat dengan mengatakan bahawa orang UMNO mengabaikan jenazah setiausaha UMNO cawangan Jalan Kolam Air yang telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sila lihat artikel ini : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30444:itulah-umno-jenazah-terbiar-rai-pemimpin&catid=1:utama&Itemid=50

Orang PAS mendakwa tiada seorang pun orang UMNO yang hadir bersama bagi menguruskan jenazah malah mengatakan bahawa hanya orang PAS sahaja yang bertungkus lumus menguruskan jenazah tersebut dari awal hingga akhir. ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS) mengatakan bahawa PAS mementingkan agama tetapi UMNO hanya pandai cakap sahaja.

Akan tetapi, hakikat sebenarnya urusan jenazah telah dijalankan sejak awal lagi dengan bantuan orang-orang UMNO dicawangan itu sendiri. Jenazah pada mulanya telah dikapankan oleh pihak hospital dan kemudiannya dibawa ke Masjid Tenang bagi tujuan disembahyangkan. Hadir sama di masjid tersebut adalah YB Datuk Mualizan Bujang, Dato Samsul dan Omar bin Talib (Ketua UMNO Cawangan Jalan Kolam Air).

Segala urusan jenazah telah dijalankan bersama-sama dengan mendapat kerjasama dari pengurusan masjid serta UMNO Jalan Kolam Air dan masyarakat setempat (mungkin adalah dua-tiga kerat dari pihak pembangkang).  Dan sewaktu ditanah perkuburan, ramai pemuda-pemuda UMNO membantu bagi menyempurnakan urusan tersebut.

Tapi media rasmi PAS (Harakah) dengan megahnya mendakwa UMNO hanya sibuk meraikan pemimpin dan meninggalkan jenazah. Pihak PAS seperti didalam keadaan terdesak mencipta sebarang isu dan fitnah dalam kempen pilihanraya DUN Tenang ini tanpa mengira dosa lagi.

 

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. Razak Moss
    January 20, 2011 at 11:38 pm

    harap ajk surau,masjid di sekitar DUN Tenang bertegas dan tidak benarkan ahli PAS yang bertandang ke sana jadikan HOTEL BUDGET untuk mereka, bagi menjaga kesucian rumah ALLAH seperti apa yang terjadi di Kuala Selangor.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: