Home > POLITIK > Pindaan Pelembagaan Selangor – Tipu Helah Khalid Gagap

Pindaan Pelembagaan Selangor – Tipu Helah Khalid Gagap

Pakatan Rakyat di Selangor beria-ia benar nak meminda pelembagaan negeri Selangor yang kononnya akan mengembalikan kuasa mutlak Sultan Selangor … tapi hakikat sebenarnya, pindaan ini adalah semata-mata bagi menambah kuasa Menteri Besar yang dipegang ketika ini oleh Tan Sri Khalid …

Mereka mendakwa bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah diubah oleh Barisan Nasional sebelum ini yang dikatakan telah menarik balik kuasa sultan dalam membuat keputusan …

Tun Dr Mahathir ditanya berkenaan isu ini, sama ada undang-undang tubuh Selangor, terutamanya Perkasa 52(1) yang berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan, akan mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum 1993,

Dr Mahathir bertanya kembali:
“Bila undang-undang itu berubah?”

Sebelum itu, Tun Dr Mahathir berkata : “Perlembagaan menyebut bahawa perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar menasihati Sultan. Sama ada Sultan tidak mengendahkan (nasihat), itu terpulang kepada Baginda,”

Bagaimanapun jika dikaji Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri SELANGOR 1959 dengan jelas menyatakan bahawa, “maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan pelantikan ke jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan”.

Ini bermakna Sultan dan Menteri Besar sebenarnya tidak mempunyai kuasa dalam isu pelantikan SUK. Kuasa pelantikan terletak di tangan Jabatan Perkhidmatan Awam [JPA] dan telah menjadi amalan biasa pelantikan tersebut akan dimaklumkan kepada Sultan untuk mendapat perkenan baginda.

Menurut Penasihat Undang-Undang Negeri Datin Paduka ZAUYAH BEE bte LOTH KHAN, sebelum krisis Perlembagaan pada 1993, JPA akan menghantar nama bakal SUK kepada Sultan dan Sultan akan merujuk kepada Menteri Besar sebelum memperkenankannya.

Tetapi selepas 1993, JPA menghantar terus nama kepada Sultan dan Sultan akan memperkenannya dan selepas itu barulah dirujuk kepada Menteri Besar untuk pelantikan. Ini bermakna kuasa Menteri Besar yang dikurangkan dan bukannya kuasa Sultan untuk memperkenan sesuatu pelantikan.

Ini juga bermakna, dakwaan Tan Sri KHALID IBRAHIM untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam Sidang DUN Tergempar hari ini sebenarnya hanya untuk meraih “political millage” di mana kuasa Sultan untuk memperkenan sesuatu pelantikan tidak terhakis sebaliknya kuasa Menteri Besar diperbesarkan.

Ini lah taktik Pakatan Rakyat yang nak tunjuk pada rakyat bahawa mereka memperjuangkan hak rakyat dan raja tetapi hakikatnya mereka inilah yang akan merampas hak rakyat dan raja …

Pikir-pikirkan lah …

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: