Home > POLITIK > Tok Ai (Keturunan Tok Tenang) dipelekeh ..

Tok Ai (Keturunan Tok Tenang) dipelekeh ..

Wahhh hangat diperkatakan oleh penyokong-penyokong PAS bahawa calon BN kali ini tidak layak menjadi wakil rakyat dan mempunyai rekod buruk dalam pentadbiran kerajaan ketika beliau berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Tanah di Segamat satu ketiak dulu …

KumanKumin pun tak nak lah membebel panjang … Jom kita baca sama artikel berkenaan Tok Ai yang akan merungkai segala kekeliruan dan memperlihatkan kebenaran …

Tok Ai nama manja dan nama kesayangan penduduk tempatan adalah calon bagi DUN TENANG. Dia adalah Pegawai Perkhidmatan Negeri Johor (JCS). Selaku JCS dia boleh berkhidmat dimana jua di Negeri Johor. 8 tahun yang lalu dia ialah Penolong Pegawai Daerah Tanah di Segamat. Selaku Pegawai Tanah banyak sekali urusannya, transaksi dan banyak juga kes-kes kuatkuasa tanah yang perlu di laksanakan. Pihak PAS yang cemburukan TOK AI telah mendedahkan kisah TOK AI menjual tanah secara lelongan tanpa ada siasatan. Kononnya mahkamah telah mengatakan beliau cuai dan telah memihak kepada pemilik harta seorang tempatan. PAS mengatakan pendedahan ini bukan personal attack tapi faktor intergiti dan kecuaian. PAS terus menerus menyoal bertubi tubi akan INTEGRITI nya. Ini penjelasan kepada dakwaan PAS perihal pentadbiran tanah dan kedudukan TOK AI.

1)    PENTADBIR TANAH: Untuk jadi pentadbir perkara awal ialah pegawai itu di wartakan. Justeru selepas itu pegawai ini sudah di beri kuasa mentadbir urusan tanah, tandatangannya sudah ada kuasa undang-undang. Dibawah kanun Tanah Negara seorang pentadbir tidak boleh di sabitkan atas kesalahannya bila dia menjalankan tugas dengan sucihati. Peruntukan undang-undang juga mengatakan bahawa jika ada mana-mana pihak ada niat dan mahu memuktamadkan pertelingkahan, keraguan, kekhilafan, kerosakan tehadap keputusan pentadbir makanya hal demikian di rujuk kepada mahkamah tinggi dan keputusan mahkamah adalah muktamad. Di Malaysia, sejak merdeka lagi sudah ribuan kes di rujuk ke mahkamah dan ratusan pentadbir yang dikenakan saman pemula. Kes yang kerap berlaku ialah hal pengambilan tanah, lelongan tanah, pusaka, kuatkuasaan undang undang tanah

Dalam hal TOK AI dia telah membuat keputusan dan keputusan ini di pertikaikan. Lantas cara penyelesaian ialah rujuk pada undang dan perlu di bahaskan di mahkamah. Makanya tuan tanah merujuk hal ini kepada mahkamah untuk dapat keputusan muktamad. Ini yang berlaku.

2)   INTEGRITI: Adalah tidak masuk akal dikatakan pentadbir tanah tidak punya integriti kerana ada kes keputusan mahkamah. Maksud INTEGRITI di sini ialah seseorang pegawai itu mendapat habuan, mendapat janjian dan memperoleh sesuatu suapan untuk “conduct” nya sehingga keputusannya di anggap tidak tepat. Jika ada bukti dan keterangan bahawa dia sedemikian maka seharusnya ini di jadikan kes SPRM. Kenapa tidak lihat begitu sewaktu mahkamah buat keputusan mengenai hal lelongan tanah? Nampaknya YB Sallahuddin sudah melampaui kuasa mahkamah dan dengan tidak merujuk kepada KANUN beliau secara prejudis nya menyatakan integrity TOK AI di persoalkan.

3)   CUBAAN MENGAIBKAN TOK AI: Tidak syak lagi PAS sudah kurang modal untuk hentam calon BN. Pada awal press conference dia kata ini bukan personal attack tapi dengan mengemukakan hal teknikal dan menghukum bahawa TOK AI tiada integriti sudah pun menghukum dan menghentam beliau secara buta tuli. Mahkamah pun tidak kata beliau tiada integrity. Inilah teknik dan cara PAS lakukan untuk memalukan dan mengelirukan pengundi.

Apa jawapan TOK AI? Selaku orang yang tahu prosedur dan ada pengalaman beliau dengan tenang mengatakan perkara ini sudah selesai di mahkamah. Memang ini jawapan tepat kerana perkara ini telah selasaikan di peringkat tertinggi mengikut peraturan undang-undang.

 

Tok Ai Keturunan Tok Tenang

KumanKumin juga ada mendapat maklumat bahawa masyarakat Cina di DUN Tenang ini sangat gembira apabila calon BN yang diumumkan adalah Tok Ai … Mereka mengatakan bahawa mereka telah menunggu selama 2 penggal untuk mendapatkan calon anak jati tempatan bagi mewakili mereka di Tenang ini …

Keluarga Tok Ai juga sudah tidak asing lagi dengan masyarakat Cina dan juga seluruh penduduk di Tenang … Ini kerana bapa kepada Tok Ai adalah bekas wakil rakyat di kawasan Tenang itu iaitu Tok Ibrahim yang sememangnya banyak berjasa kepada masyarakat disini … Atok kepada Tok Ai pula memang seorang pemimpin yang disenangi oleh penduduk di Kg Redong iaitu Tok Daud … Tok Daud ni pula adalah cicit kepada Tok Tenang …. Jadi kalau diikutkan susur jalur nya, Tok Ai ni adalah dari keturunan Tok Tenang dan sememangnya anak jati Tenang …

Masyarakat Cina dikatakan tidak sabar menunggu hari pengundian bagi memberikan sokongan dan kemenangan kepada calon BN ini yang diharapkan akan membawa arus pembangunan ke kawasan Tenang …

Haaa PAS dah mula ketaq lutut lah apabila mengetahui bahawa Tok Ai, anak jati Tenang ini telah menerima sokongan padu masyarakat Cina yang mana sebelum ini banyak memberikan undi kepada mereka …

 

Jadi macam mana? Ayuh undi lah Tok Ai …

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: