Home > POLITIK > Cikgu Mala nak jadi ‘posmen’ jer

Cikgu Mala nak jadi ‘posmen’ jer

Dah elok-elok jadi cikgu nak berenti … kononnya nak fokus pada politik katanya … Nak buat macam mana, itu hak Cikgu Mala lah kan …

Tapi sekarang Cikgu Mala nak ‘posmen’ pulak … Posmen yang dimaksudkan bukan yang hantar surat-surat tuh … nih Cikgu Mala nak jadi tukang sampaikan masalah rakyat dan kemudian suruh BN selesaikan … Cikgu Mala berkata yang hanya BN sahaja boleh selesaikan masalah .. PAS tak boleh …

Disini KumanKumin nak kongsi satu artikel yang diambil dari http://sengatsayang.blogspot.com berkenaan dengan jawapan Cikgu Mala pada press conference yang telah dijalankan …

Calon PAS Mala adakan press conference dan semua berpeluang mendengar jawapan Mala kepada media. Masih banyak yang tidak jelas cara jawapannya sehingga kita rasa tidak puas. Mala memang sentiasa tenang tapi dia selalu mengatakan tuhan bersamanya, yang benar akan menang, yang salah akan terima hukum. Jelas ungkapan ini tidak boleh selalu menjadi benteng,Mala mesti jelaskan apabila berhadapan dengan media. Sebagai guru anak murid yang menilai,sebagai calon seluruh pengundi akan menilai dan mereka dari pelbagai bangsa,ugama,budaya,profesion,kategori umur.

1) HAL RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN: Mala memberitahu bahawa dia akan bawa ke Dewan Undangan hal-hal tentang rakyat jika dia menang. Dia mahu tambah 1 kerusi lagi untuk menjadikan 3 kerusi yang mewakili PAS berbanding dengan 50 yang di wakili oleh BN. Mungkin wakil PAS yang ada sekarang tidak berupaya dan tidak langsung bawa hal hal rakyat di dewan atau wakil PAS akan lebih gedik jika ada Mala bersama mereka?tapi mala tak jawab soalan wartawan.

2) JAWAB SOALAN: Mala gagal menghuraikan dengan sejelas nya apakah itu yang di maksudkan dengan UBAH?dan yang nak SELAMATKAN itu APA?krisis apa yang melanda TENANG? apakah hal utama rakyat TENANG yang menjadikan perlu untuk dapat pembelaan dari mala?Jika sekadar menceritakan pengalaman lalu dan menceritakan tugas mulia perguruan itu bukan nama nya calon wakil rakyat.

3) PERSONALITI: Kematangan Mala mungkin boleh mendapat kepujian hanya dalam hal latarbelakang selaku guru dan kerja amal yang di lakukan sebelum ini tetapi ketokohan nya dalam pimpinan terlalu jauh kebelakang sehingga di rumus bahwa Mala masih PERLU DI PIMPIN dan belum cukup waktu untuk MEMIMPIN.Kita tak minat nak tanya PAS kenapa dia letakkan Mala sebagai calon?TENANG mahukan pemimpin yang dinamik,wakil yang tahu apa itu pembangunan,pemimpin yang di dedahkan tentang selok belok pengurusan kemasyarakatan,mempunyai jaringan yang baik,tegas dan berupaya bertindak pantas.Ini yang mahu di pilih oleh pengundi TENANG pada 30 jan ini.

4) KEADILAN: Mala mengatakan yang dia mahu bawa semangat keadilan. Kita mahu dia huraikan keadilan yang yang bagaimana. Manifestonya apa dalam hal keadilan, siapa, kumpulan mana, di mana, yang tersisih dan tidak di bela selama ini? Ini yang rakyat nak tahu.Buktikan dengan jelas dan menyakinkan adakah sekarang ini rakyat tenang harubiru,menderita,tidak dipedulikan?Jika perubahan yang mahu di bawa, jelaskan dengan baik, bukan dengan menagih simpati!PERUBAHAN ATAU KESINAMBUNGAN? Yang di perlukan.

Bagaimana Mala mahu bawa kesinambungan kerana sebelum ini kerajaan nya ialah BN.Lain lah kalau AI yang di pilih,dia boleh sambung dan selesaikan tugas allahyarham,dia boleh runding dengan MB,dia boleh runding dengan rakan rakan EXCO.Jadinya,PRK ini adakah sekadar melepaskan semangat geram atau matang menilai kehendak legitimasi sistem politik?

Kalau macam tu, baik orang BN jadi wakil rakyat … boleh dengar masalah rakyat dan terus selesaikan … tak perlu nak pos-pos nih .. lambat … Agaknya Kelantan tak maju sebab ramai wakil rakyat PAS kat sana jadi tukang pos je kut …

 

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: