Home > POLITIK > Corat Coret di Tenang (1)

Corat Coret di Tenang (1)

Kali ini post KumanKumin lain sikit … sikit je tak banyak … Dalam post Corat-Coret di Tenang ini, KumanKumin akan memaparkan isu-isu ringkas yang berlaku di Tenang .. Diharapkan isu sebegini walaupun kecil tetapi jangan diambil remeh …

1) PAS cemar Masjid, Jadikan Hotel

Memang dimana-mana Pilihanraya Kecil, kita akan dapat lihat puak-puak PAS ini akan menawan masjid-masjid dan surau-surau dikawasan pilihanraya tersebut … Mereka bukan sahaja menjadikan masjid/surau sebagai tempat berkempen, malah dijadikan tempat penginapan mereka … kira macam hotel lah cuma tiada bilik … Perkara ini berlaku juga di Ijok, Bagan Pinang dan lain-lain tempat dimana PRK diadakan …

Bukan lah KumanKumin pertikaikan mereka nak guna rumah ibadat sebagai tempat berteduh, tapi kelakuan mereka yang dilihat tiada adab dan sopan ketika menginap di hotel … Tolong lah jaga kebersihan masjid/surau tu sikit … Takkan nak jadikan macam hotel tumpangan murahan pulak .. Itu kan rumah Allah .. jaga lah baik-baik …

2) PAS ganggu lalulintas

Ini pun satu lagi sikap yang puak-puak PAS ni bawa kemana-mana sahaja PRK berada … Mereka akan buka gerai-gerai jualan berdekatan dengan bilik-bilik gerakan mereka … Kalau kat Tenang ni, banyak gerai dibuka di Taman Gunung Emas berdekatan Dataran Wayang Pacak … Peniaga-peniaga PAS ni datangnya dari luar kawasan Tenang dan ada juga yang international (Siam lah, apa lagi) …

Dah lah tak mohon lesen menjaja dikawasan tersebut, kira main pasang je … Lepas tu, kehadiran gerai-gerai ini telah menganggu lalulintas dikawasan tersebut disebabkan gerai-gerai tersebut dipasang dibahu jalan .. dan adakalanya kereta peniaga diletakkan menghalang lalulintas …

Jadi, ini kerja Polis dan Majlis Daerah Labis la … mohon agar peniaga-peniaga dipantau agar mengikut undang-undang lah … Belum memerintah dah tunjuk samseng .. macam mana nih … kalau memerintah, agaknya jadi apa pun tak tau lah ..

3) Pesara India dikenang oleh kerajaan

Pesara-pesara India di Ladang Labis Utara seperti mendapat durian runtuh apabila kerajaan dengan prihatin melalui intervensi YAB Menteri Besar Johor dan Sime Darby telah bersetuju memberikan tanah bagi penempatan pesara India dimana mereka adalah bekas pekerja ladang di sini …

YB Datuk Harun bin Abdullah (ADUN Tanjung Surat) yang bertindak sebagai diantara teraju Jentera Bahagian Penggerang yang dijadikan Bahagian angkat di peti undi Ladang Labis Utara ini sungguh gembira kerana nasib bekas pekerja ladang tidak diabaikan oleh kerajaan.

4) PAS rampas Kad Pengenalan warga emas

Dalam berita di RTM baru-baru ini, telah memaparkan kerakusan ahli-ahli PAS yang kini semakin tertekan dan terhimpit untuk mendapatkan undi di Pilihanraya Kecil DUN Tenang sehingga mereka sanggup menganiayai dan merampas kad pengenalan warga emas yang kononnya bagi tujuan memberikan bantuan tapi sebenarnya adalah untuk menghalang warga emas ini menjalankan kewajipannya sebagai pengundi pada 30 Januari akan datang …

Apa yang dilakukan oleh mereka ini bukan lah satu perkara yang baru, malahan ianya adalah taktik jahat serta SOP negatif pembangkang yang sering dilakukan di mana-mana pilihanraya …

Pikir-pikirkan lah wahai pengundi Tenang … Siapa yang lebih layak jadi pemimpin kita …

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: