Home > POLITIK > Cikgu Mala dicemuh orang PAS

Cikgu Mala dicemuh orang PAS

Semalam KumanKumin ada dengar cerita yang Cikgu Mala telah dicemuh oleh penyokong-penyokong PAS sendiri yang tidak bersetuju dengan pemilihan Cikgu Mala sebagai calon PAS di DUN Tenang ini … Mereka juga dikatakan tidak bersungguh-sungguh berkempen bagi Cikgu Mala kali ini … Jom kita baca artikel yang diambil dari www.pisau.net

Pisau hanya mampu melihat kebodohan khawarij PAS didalam kempen PRK kali ini,kononnya pendedahan salah laku calon BN dijadikan silver bullet untuk membunuh calon BN bagi meraih undi ternyata gagal merubah persepsi.

Pada sesiapa pun yang menjadi penjawat awam,sebagai pemegang amanah pasti beliau akan dipertanggungjawabkan apabila ada apa apa masaalah atau pun tindakan makhamah.Kes seperti ini samalah seperti kes saman Kugan yang turut meletak nama Ketua Polis, Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.Kita tinggalkan isu itu sebab tak penting pun,biarkan haprak Daily dan aparat aparatnya menyalak .

Semalam Pisau bersama jentera kempen Rompin,rungut seorang muslimin khawarij katanya mereka di halau dan penduduk tidak melayan malah ada yang menutup pintu ketika mereka datang.

Bertambah mengusarkan mereka penyokong PAS sendiri di peti undi Kg Redong,Pekan Ayer Panas dan Sawah Bahru langsung tidak kenal Cikgu Mala disebabkan beliau adalah orang luar dan bukan anak tempatan.

Yang menariknya berlaku satu insiden yang memalukan seluruh jentera kempen khawarij PRK Tenang apabila ketika Cikgu Mala datang berkempen ke Kampung Redong ,beberapa petugas khawarij PAS yang diketuai oleh PAS Rompin mencemuh jentera kempen Cikgu Mala.

Jentera kempen PAS sendiri mencemuh dan menjerit Cikgu Mala bukan orang sini.Mereka tidak dapat menerima Cikgu Mala sebagai calon mereka.Kejadian ini berlaku dihadapan beberapa orang penduduk Kampung Redong dan sudah tersebar dijadikan buah mulut penduduk sekitar Kampung Redong ,Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu.

Kempen khawarij PAS dilihat serba tidak kena apabila setiap kempen mereka hanya melepas batuk ditangga,kerana ada kalanya mereka sendiri hanya acuh tak acuh turun berkempen kerana Cikgu Mala bukanlah pilihan mereka.

Penyokong PAS sendiri ada yang memilih anak tempatan sebagai faktor utama dijadikan wakil rakyat.Tok Ai turut disebut oleh mereka sebagai pilihan.

Orang PAS sendiri tak nak Cikgu Mala .. Macam mana cerita ni …

Pikir-pikirkan lah …

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: