Home > POLITIK > Maarof ambil cuti sakit, berkempen untuk isteri

Maarof ambil cuti sakit, berkempen untuk isteri

Macam-macam masalah lah Suami Cikgu Mala ni … Nak suruh isteri jadi wakil rakyat tapi cemburu gila … Si Maarof ni tak sanggup biarkan isteri dia berjumpa dengan rakyat tanpa beliau ada kat sebelah .. Dia takut kut Cikgu Mala ni terpikat pada pengundi ..

Itu satu hal … yang satu lagi, boleh pulak si Maarof ni ambik MC yang konon-konon dia sakit … Kalau sakit macam mana pulak boleh ikut isteri pergi berkempen … Jom kita baca satu artikel (Dipetik dari http://n5duntenang.blogspot.com) yang telah membongkarkan penipuan Maarof ni …

Seorang rakan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat sebentar tadi bagi mendapatkan pengesahan Sijil Cuti Sakit suami calon Pas. PPD Segamat mengesahkan mc tersebut adalah milik suami Normala yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra Segamat.

MC pertama diberi cuti selama 14 hari dari 10hb jan – 23hb jan

MC kedua diberi cuti 5 hari dari 24hb – 28hb jan (jumaat).

Sabtu hari cuti, ahad hari mengundi pun hari cuti. Isnin boleh kembali bekerja, p/raya dah habis.

Sementara itu dianogsis yang dicatatkan pada mc ke 2 (garisan hitam) tertulis ‘Repussive Mood’. Maksudnya lebih kurang ‘mood agresif’ atau boleh kita katakan menghadapi masalah psikologi atau dalam bahasa kasar dipanggil ‘gila’.

Mengikut seorang doktor yang saya hubungi sebentar tadi, kebiasaannya untuk kes-kes sebegini hanya pakar psikiatri yang boleh mengeluarkan mc terus selama 14 hari. Dalam kes ini ianya tidak berlaku, hanya klinik kesihatan yang mengeluarkan mc tersebut. Kemudian disambung pula 5 hari lagi oleh klinik kesihatan yang sama. MC tersebut juga tidak diketahui ditandatangan oleh siapa, samada oleh doktor sendiri atau oleh pembantu perubatan (MA) kerana ruang nama dan jawatan telah ditutup

Bagaimanapun mengikut doktor yang saya hubungi itu, mc tersebut tidak boleh dipertikaikan kerana ianya sah.

Cuma dalam bab ini ianya seolah-olah telah berlaku pakatan antara suami Normala dan orang yang mengeluarkan mc.

Sekiranya suami Normala benar-benar sakit, maka dia harus berada di rumah dan tidak boleh mengikut isterinya berkempen. Tambahan pula penyakit yang dihadapinya adalah penyakit yang melibatkan otak kerana ianya boleh mengancam orang ramai. Buatnya dia datang ‘mood agresif’ kemudian tiba-tiba mengamuk dan pukul orang merata, tak ke haru biru jadinya.

Inilah perangai orang Pas, sana sini tuduh orang itu jahat, orang ini rasuah, orang itu menipu, dan sebagainya. Diri sendiri tak sedar. Kopiah putih atas kepala, tetapi mc pun menipu. Kalau nak tolong isteri berkempen, ambillah cuti tanpa gaji.

Tak malu ke, ambil MC, gaji jalan. Duit apa yang kau makan ? duit haram kerana menipu sakit, kemudian sibuk berpolitik, dapat gaji balun, bagi anak bini makan. Duit haram oiiiii…..

Buang sahajalah kopiah atas kepala tu, dasar parti penipu.

Kementerian pendidikan harus mengkaji balik kedudukan sebagai guru. Dia perlu dihantar untuk menjalani rawatan psikiatri untuk mengesahkan tahap mentalnya kerana bimbang ianya boleh mengancam keselamatan murid-murid.

Ini macam punya orang pun ada ke??

 

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: