Home > POLITIK > Siapa yang nak jadi wakil rakyat? Cikgu Mala atau Cikgu Maarof

Siapa yang nak jadi wakil rakyat? Cikgu Mala atau Cikgu Maarof

JANGAN TERKEJUT!! Bila saja ada lelaki bergandingan bersama MALA dia tentunya suami Mala. Namanya Maarof Abd Muttalib seorang guru berumur 45 tahun. Dia telah mengambil cuti untuk turut berkempen bersama Mala. Mungkin Mala sudah keletihan dan perlu suntikkan semangat suami. Kalau lah ini stamina Mala bagaimana nak bertindak selaku wakil rakyat yang cergas? Setiap kali kena suami yang mengapit. Maarof juga telah ada niat untuk berhenti dan bantu Mala jika Mala menang. Ini suatu yang menarik.

SEBENARNYA PAS…….tidak lihat kehebatan Mala apabila kehalusan Mala tidak dapat merentasi arus masyarakat yang serba tahu dan serba mahir. Pas mungkin sudah ada pakatan untuk mula menjinakkan Maarof sebagai bakal calon bagi kawasan yang sama bagi PRU-13 akan datang. Maarof Nampak masih gagah dan Maarof juga handsome. Mala mesti hati-hati sebab misai Maarof agak menawan hati.

STAMINA…..adalah suatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas selaku wakil rakyat. Mala seperti yang dijangka tidak memiliki ciri-ciri yang diatas. Dia memerlukan bantuan dan dia perlukan keyakinan dan dia mahu dirinya sentiasa diawasi suami supaya tidak terdedah dan tidak terperangkap dalam gelombang politik yang serba hebat dan baru. Jika Mala mahu dijadikan alat cubaan oleh Pas maka ini suatu penganiayaan kepada wanita yang dulunya dihormati sebagai guru……….Kini Pas mengheret wanita ini untuk menagih simpati. Bukankah lebih mulia jika Mala terus sampai akhir hayatnya menjadi pendidik. Mala mesti ingat sekadar menjadi juara pidato anjuran sekolah tidak langsung melayakkan seseorang menepati hasrat pelbagai bangsa.

MAAROF lebih dilihat sesuai dengan personaliti yang baik. Namun Maarof mesti faham bahawa kalau dia berniat untuk menjadi wakil rakyat atau mimpi nak jadi calon makanya beliau mulai sekarang mesti buat keputusan awal untuk terus berhenti menjadi cikgu dan tumpu sahaja pada hasratnya. Jangan pula berselindung disebalik bayangan isteri.

 

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: