Home > POLITIK > Gobala pula keluar PKR

Gobala pula keluar PKR

Hari ini kecoh lagi insiden pemimpin utama PKR keluar parti selepas salah seorang pengasas PKR keluar parti beberapa hari yang lepas .. Ahli Parlimen Padang Serai ini meletakkan semua jawatannya di dalam parti itu dan berkata beliau akan menubuhkan sendiri satu NGO baru … Beliau kini adalah Ahli Parlimen Bebas …

Pelik jugak, tiba-tiba Gobala ni nak keluar parti ye … Mungkin sebab dia nampak rakan baik dia Zahid Ibrahim dah bukak parti baru (KITA) .. jadi mungkin dia nak masuk parti tu kut … Beliau menafikannya, tapi biasalah awal-awal nafi, tiba-tiba je masuk … 🙂

Tapi kenapa ramai sangat yang keluar PKR sejak akhir-akhir ni ?? Dari pemerhatian KumanKumin insiden ini berlaku selepas proses pemilihan pimpinan baru PKR yang telah berlangsung dengan keadaan yang huru-hara … Ramai pemimpin PKR samaada dibawah mahupun diatas, nampaknya tidak yakin dengan sistem keadilan dalam proses pemilihan yang dilihat lebih memihak kepada Anwar Ibrahim …

Eh kenapa mereka tak suka pulak dengan Anwar Ibrahim ni?? Bukankah dulu, mereka begitu mengagong-agongkan si Anwar ni … sanggup buat apa sahaja demi Anwar ni … Tapi kini apabila Anwar menentukan siapa pemimpin yang beliau mahu letakkan di barisan kepimpinan, ramai ahli PKR tidak terima …

Mungkin ahli-ahli PKR sudah mula sedar kut dimana perjuangan Anwar bukanlah untuk mereka tapi semata-mata untuk dirinya sendiri dan kroni-kroninya sahaja …

Kesian pulak puak-puak PAS yang sedang berjuang di Tenang bagi memenangkan Pakatan Rakyat tapi PKR pula di negeri lain buat hal .. Pengundi di Tenang juga nampaknya keliru dengan insiden ini … Adakah Pakatan Rakyat masih utuh … atau semakin rapuh .. Apa pendirian PAS selepas ini? Adakah pemimpin PAS masih akan bersama PKR …

Pikir-pikir kan lah …

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: