Home > POLITIK > PAS dan PKR berebut kerusi Merlimau

PAS dan PKR berebut kerusi Merlimau

Belum pun pentas pertandingan pilihanraya kecil DUN Merlimau dibuka … PAS dan PKR sudah mula bertelagah sesama sendiri bagi menentukan siapa yang akan menjadi wakil kepada Pakatan Rakyat yang akan bertanding merebut kerusi DUN Merlimau tersebut … Kedua-dua parti nampaknya bersungguh-sungguh ingin merebut kerusi tersebut seperti tiada sepakatan dalam Pakatan Rakyat ..

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan mendakwa bahawa kuota bagi kerusi DUN Merlimau adalah milik PAS. Ini disebabkan PAS telah bertanding bagi kerusi tersebut pada PRU-12 tahun 2008 yang lepas … Tetapi bagi PKR pula, kini tiba giliran PKR yang akan bertanding kerusi tersebut disebabkan pada PRU-11 tahun 2004, PKR telah bertanding kerusi tersebut …

Tapi apa yang pasti, pengundi disana pastinya akan mahukan calon anak tempatan untuk bertanding .. Ini adalah trend masa kini yang boleh dilihat dimana-mana PRK … Kalau nak ikutkan anak tempatan, Lim Guan Eng tuh anak Melaka kan … tapi takkan dia nak bertanding kat Merlimau pulak …

Pasti pening kepala Anwar Ibrahim dibuatnya bagi menentukan parti mana yang layak mewakili Pakatan Rakyat bagi pertandingan kali ini … Mungkin Anwar akan mencadangkan parti DAP yang akan bertanding sebab nak bodek Lim Kit Siang punya pasal … Dengan Tok Guru Nik Aziz, Anwar mudah nak pujuk …

KumanKumin nak cadangkan kat Anwar Ibrahim tuh, kalau susah-susah belikan ajer dua kerusi kat IKEA tuh .. bagi kat PAS satu, bagi kat PKR satu … selesai masalah, toksah nak berebut-rebut dah … bertanding pun belum tentu menang 🙂

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: