Home > POLITIK > Anwar Habiskan Duit Rakyat Ketika Jadi Menteri Kewangan

Anwar Habiskan Duit Rakyat Ketika Jadi Menteri Kewangan

Memang ramai yang dah tahu apa yang telah Anwar buat ketika menjadi Menteri Kewangan satu ketika dahulu … Beliau lah punca negara hilang berjuta-juta ringgit disebabkan spekulasi mata wang … Juga tidak lupa, dah banyak blog yang menceritakan perihal Anwar yang telah melarikan atau menyonglap wang negara keluar … nilai nya bukan sikit … boleh mencecah billion … Patut lah Anwar ni masih boleh menjalani kehidupan mewah walaupun sekarang …

KumanKumin nak kongsi artikel yang telah didedahkan oleh blogger www.pisau.net dibawah .. Baca dan pikir-pikir kan …

Patutlah Anwar dibayar RM1 oleh kerajaan Selangor,”if you pay peanut you get monkeys”

Orang macam ni mau bercakap soal ekonomi?Orang yang macam ini yang begitu digilai oleh haprak pakatan? Orang ini bercakap untung rugi wang kerajaan? Orang yang macam ini bercakap soal ketirisan?

Lebih baik anda fikir kembali selepas baca artikel dibawah

Anwar punca negara kehilangan RM9.3 billion WANG RAKYAT

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya. Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah. Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Selanjutnya klik sini

Itu belum dikira berbillion wang rakyat dirompak oleh Anwar seperti yang didedahkan oleh Yb Gobala.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, N Gobalakrishnan meminta Kementerian Kewangan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram yang didakwanya bernilai RM888 bilion.

Gobalakrishnan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melakukan aktiviti berkenaan ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencetak RM13.2 bilion wang dalam bentuk wang kertas RM500 dan RM1,000.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, semalam beliau berkata wang itu adalah yang dilaporkan Integriti Kewangan Global (GFI) dan digunakan oleh Anwar sehingga kini untuk menaja aktiviti parti, termasuk membeli senjata api.

“RM888 bilion ini adalah rentetan sistem kronisme dan nepotisme dibawa Permatang Pauh. Satu dunia tahu wang haram ini digunakan untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Ghafar Baba) suatu ketika dulu.

“Saya juga tidak nafikan kemungkinan wang itu digunakan untuk demonstrasi BERSIH. Dengan wang haram ini senjata boleh disediakan dan ada tuduhan Permatang Pauh bekal senjata untuk pengganas.

“Duit RM500 dan RM1,000 dicetak ketika beliau jadi Menteri Kewangan, saya minta Kementerian Kewangan siasat dan saya sedia membantu sekiranya diberi imuniti (kekebalan),” katanya.

Gobalakrishnan yang sebelum ini keluar daripada PKR turut mendakwa Anwar melalui orang tengah membawa keluar wang haram dalam jumlah besar ke luar negara.

“Kalau kementerian beri status imuniti, saya boleh berunding dengan pihak yang pernah membawa keluar RM500 dan RM1,000 bagi pihak Permatang Pauh. Banyak beg wang dibawa keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui jet peribadi milik dua individu kepunyaan syarikat judi di negara ini,” katanya.

Beliau juga mendakwa Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) turut terbabit dengan aktiviti mengumpul wang secara haram membabitkan nilai RM100 juta.

“Saya percaya wang RM100 juta ini dilabur oleh isterinya, Shamsidar Taharin bersama ahli perniagaan berbangsa Cina dalam syarikat modal. Saya mahu Kementerian Kewangan siasat dari mana duit itu datang dan dilaburkan,” katanya – Berita Harian

Korang buat lah penilaian sendiri ye ..

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. malaysian.forpeace
    July 1, 2011 at 3:06 pm

    Orang macam ni mereka di jadikan ketua pembangkang elok sangatlah jangan sampai tergadai maruah bangsa dan Negara, Pegaliran wang haram 888 billion merupakan wang rakyat yang mana sepatutnya untuk membantu rakyat Malaysia serta pembangunan Malaysia tetapi di salah gunakan… Inikah yang mereka kata halal….!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: