Home > POLITIK > Islam PAS sudah Liberal : Haron Din

Islam PAS sudah Liberal : Haron Din

Akhirnya Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din dah tak boleh tahan dengan perangai pimpinan baru PAS yang nampaknya lebih menjurus kepada memodenkan Islam kononnya yang akhirnya dan sebenarnya akan menghancurkan Islam pada hakikatnya … Kritikan Haron Din ini dilihat sebenarnya di tuju kan khas kepada si Khalid Samad yang sememangnya sejak dari dahulu menjadi hero dalam menjatuhkan Islam … si Khalid secara terang-terang menolak HIMPUN yang baru saja dilangsungkan di Shah Alam … Ianya dilakukan semata-mata ingin menjaga hati puak-puak Pakatan Rakyat yang lain …

Jom kita baca artikel dari SelangorDaily

Jarang-jarang benar Dr. Haron Din Al-Hafiz, Timbalan Mursyidul Am PAS bersuara. Berbanding pula dengan Khalid Samad yang akan bercakap untuk semua perkara walaupun hakikatnya berbanding Haron Din, Khalid Samad tidak ubah seperti seekor pacat yang mudah ditumpaskan dengan air tembakau.

Hentaman dan cemuhan yang dibuat oleh Khalid Samad terhadap Perhimpunan Sejuta Umat, akhirnya membuka mulut Haron Din. Mungkin Haron Din sudah pun jelak dan muak dengan perangai Khalid Samad yang tidak akan ragu-ragu untuk menyebelahi kaum yang menjadi musuh Islam dan umatnya tetapi sangat bersikap biadap terhadap sebarang usaha untuk memperkukuhkan ukhwah Islamiyyah.

Tanpa berselindung, Haron Din mahu kesemua pemimpin PAS Pro-Liberal menghentikan serta-merta niat mereka untuk meliberalkan dakwah Islam. Gelagat golongan berkenaan dilihat semakin mencemarkan imej dan maruah PAS dengan keterbukaan melampau.

Sememangnya golongan yang diketuai dan dianggotai oleh Khalid Samad di dalam PAS, amat ketara menyelewengkan pelbagai perbuatan mungkar yang mereka atasnamakan sebagai keterbukaan. Dan bukan semua pemimpin PAS yang bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Khalid Samad, meskipun pelbagai peringkat pencacai Pakatan, cuba menjadikan dan menjelmakan Khalid Samad sebagai hero penyelamat PAS di Selangor sekurang-kurangnya.

HIMPUN memperlihatkan dan membuktikan bahawa Khalid Samad dan kumpulannya di dalam PAS tidak pernah berminat dengan perjuangan Islam. Malah Khalid Samad, meskipun merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, tidak pernah berniat untuk menjadikan PAS sebagai kuasa utama politik dalam Pakatan Rakyat Selangor. Sebaliknya Khalid Samad hanya berminat menjadikan PAS sebagai pencacai Pakatan Rakyat yang perlu sentiasa akur dengan sebarang titah perintah PKR dan DAP.

Mungkin Khalid Samad tidak pernah menyangka, Haron Din yang mempunyai pengaruh yang sangat besar di kalangan ahli-ahli PAS, terutama PAS tegar yang memandang cuak hubungan PAS dengan DAP dan PKR, akan menempelaknya berhubung sikap melampau dan pandangan biadapnya terhadap HIMPUN. Kata Haron Din, matlamat utama HIMPUN adalah untuk mempertahankan kekuatan akidah ummah.
Jadi, kalau tidak mahu menyertai perhimpunan tersebut, tiada sesiapa pun yang akan menyalahkan Khalid Samad. Namun menafikan perhimpunan yang bertujuan untuk menyatukan dan mempamerkan solidariti umat Islam terhadap ancaman yang mengganggu kelangsungan akidah mereka di Malaysia, merupakan satu jenayah yang sangat besar dalam berakidah Islamiyyah.
Objektif utama Khalid Samad memperlekehkan HIMPUN cukup mudah difahami. Khalid Samad sedang berusaha untuk menempatkan dirinya dalam barisan utama Pakatan Rakyat. Peduli apa Khalid Samad dengan PAS dan Islam. PAS dan Islam bagi Khalid Samad, hanyalah alat untuk dia menggapai kuasa.
Perhatikan bagaimana Khalid Samad kehilangan jawatan selaku Yang Dipertua PAS Selangor kepada Hasan Ali selepas PRU12 melatah sakan dan sentiasa mencari jalan untuk mengenakan Hasan Ali. Berulang-ulang kali Hasan Ali cuba mengotakan janji-janjinya untuk menjadikan Selangor, khususnya Shah Alam bersih daripada arak selepas penjualan arak secara terbuka begitu menjadi-jadi selepas kemenangan Pakatan. Namun berkali-kali jugalahh Khalid Samad menjadi racun dan penghalang usaha Hasan Ali.
Dengan kata dua yang diberikan oleh Haron Din kepada Khalid Samad, barangkali Haron Din juga akan berada dalam senarai penghapusan milik Timbalan Yang Dipertua PAS itu. Pastinya, Khalid Samad tidak akan teragak-agak untuk menghapuskan sebarang ancaman terhadap kelangsungan kuasanya di Selangor dengan menggunakan PAS walaupun dia terpaksa menyembah sujud dan menjilat telapak kaki Teresa Kok dan Ronnie Liu. Sesuatu yang telah dilakukannya berkali-kali sebelum ini!
Ini lah parti yang menggunakan agama demi kepentingan peribadi dan politik …
Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: