Home > POLITIK > Hadi Awang Putar Belit

Hadi Awang Putar Belit

Aik pelik bin ajaib ni … Presiden PAS hari ni menyatakan bahawa berhimpun untuk membantah sesuatu perkara adalah bukan kaedah terbaik dalam menangani sesuatu masalah. Langkah tersebut dikatakan adalah bukan pendekatan yang berlandaskan syariat Islam.

Wah .. sudah tukar ka? Yang dulu beriya-iya menyokong Perhimpuan Bersih anjuran Ambiga tu boleh pulak ye. Berlandaskan syariat Islam pulak ek. Tapi bila HIMPUN yang dianjurkan secara aman dan penuh tatasusila oleh NGO-NGO Islam, Hj Hadi kata tidak berlandaskan Islam. Kalau buat demonstrasi jalanan sampai menyusahkan rakyat, maki hamun sana sini tu boleh ye Tuan Guru?

Hj Hadi ni cakap kononnya HIMPUN tu takde motif dan tak tahu kepada siapa yang hendak ditujukan. Bukan kah dalam deklarasi HIMPUN ada menyatakan menyeru kerajaan Pusat dan Negeri agar mengambil tindakan memperkukuhkan undang-undang berkenaan murtad. Jadi kesimpulannya HIMPUN itu adalah bantahan secara aman dan tertib yang ditujukan kepada kerajaan lah …

Jom baca petikan artikel dari HarakahDaily dibawah berkenaan isu ini :

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS secara konsisten berpendirian bahawa kedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-quran dan Rasulullah S.A.W.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut.

“PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan  dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam.

Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat “cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut”.

Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya.

“Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?,” soalnya.

“PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir  pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang,” katanya lagi.

22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam.

Dulu lain, Sekarang Lain …. Dahulu Sokong, Sekarang Dah Tak Sokong … Alahaiiiii

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: