Home > POLITIK > Tun M Menyesal Ambik Anwar Masuk UMNO

Tun M Menyesal Ambik Anwar Masuk UMNO

Bekas Perdana Menteri Malaysia akhirnya mengaku bahawa beliau menyesal kerana menjemput Anwar Ibrahim menyertai UMNO satu ketika dahulu … Anwar dulu nampak macam orang yang WARAK … rupa-rupanya WARAK nak jadi PM dan WARAK kepada Pemimpin Israel yang dari dulu asyik kipas belakang dia …

”Dia pandai, nampak warak dan saya pun terperangkap kerana saya ingat dia betul-betul warak dan sebab itu saya mengalu-alukan kemasukan dia dalam UMNO kerana saya ingat dia akan bawa nilai-nilai Islam.

”Tetapi saya dapati dia masuk UMNO kerana kalau masuk Pas tidak mungkin jadi Perdana Menteri,” kata Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam temu bual dengan Wall Street Journal (WSJ) yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel menunjukkan betapa ‘dekatnya’ hubungan ketua pembangkang itu dengan negara Yahudi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, adalah tidak mungkin Anwar menunjukkan sebarang penentangan terhadap Israel memandangkan beliau mempunyai hubungan yang baik dan akrab dengan golongan Yahudi di barat.

”Anwar memang pun mirip kepada Israel kerana bila keluar dari penjara, dia pergi ke Munich, Jerman dan semasa di sana, dia ada perbincangan dengan (Paul) Wolfowitz selama tiga jam.

”Memang dia dekat dengan Israel kerana dia suka orang Barat puji dia agar ternampak sebagai orang yang moden, ikut trend tetapi sebaliknya kita ini dia anggap lapuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk Pendekatan Malaysia Dalam Soal Kepimpinan Awam anjuran Razak School of Government di sini, hari ini.

P/S : Anwar cakap HAK Rakyat Israel juga harus dipertahankan … HAK?? Bukankah Israel telah merampas HAK Rakyat Palestin?? HAK siapa yang harus dipertahankan ni??

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: