Home > POLITIK > PAS MARAH DENGAN AZMIN YANG MEMANDAI-MANDAI

PAS MARAH DENGAN AZMIN YANG MEMANDAI-MANDAI

Pas Wilayah Persekutuan kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung pengumuman pembahagian kerusi pakatan pembangkang di Wilayah Persekutuan. Pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad berkata, pengumuman dibuat Azmin untuk PKR bertanding di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan sama sekali bercanggah dengan keputusan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Beliau berkata, kenyataan Azmin Ali tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan Pakatan Rakyat (PR) khususnya di Wilayah Persekutuan. “Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang ditandingi PKR tanpa persetujuan daripada Pas dan PR terlebih dahulu.

“Perkara ini telah dimuktamadkan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan yang turut dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, semalam. Menurut Mohamad, sehingga kini kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya.

“Pas Wilayah Persekutuan ingin mengingatkan bahawa mana-mana kerusi yang melibat kawasan di Wilayah Persekutuan mestilah melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan. Sebarang kenyataan perlu dirujuk terlebih dahulu,” katanya lagi.

Semalam, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR memberitahu pertukaran tiga kerusi bersama Pas itu perlu dilakukan berikutan timbulnya bantahan di kalangan penyokong PKR apabila Pas mendahului dengan menamakan calon mereka bertanding di Parlimen Temerloh dan Kangar. Azmin berkata, gantian ketiga-tiga kerusi berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Menurut Mohamad hasil persetujuan terdahulu, parti di dalam PR Wilayah Persekutuan telah bersetuju PKR mendapat empat kerusi iaitu Wangsa Maju, Lembah Pantai, Bandar Tun Razak dan Batu. Manakala DAP katanya, mendapat lima kerusi iaitu Cheras, Kepong, Seputeh, Segambut dan Bukit Bintang. “Sementara Pas mendapat tiga kerusi iaitu Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.

Manakala bagi kerusi Setiawangsa masih berlaku pertindihan dan dalam perbincangan,” katanya. Bagaimanapun Mohamad yakin perkara itu akan dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan. “Pada 9 April depan Pas Pusat akan adakan mesyuarat, kita yakin isu ini akan dibincangkan dan diselesaikan dengan baik,” katanya.

 

Sumber : http://www.utaranews.com

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: