Home > POLITIK > BONGKAR! SIAPA NIK AZIZ?

BONGKAR! SIAPA NIK AZIZ?

1. Arwah Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’. Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.

2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAimagesS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.

4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.

5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.

7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.

9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.

11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.

12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.

13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.

14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain?

sumber  : http://eddyjugaks.blogspot.com/

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. Anonymous
    August 22, 2013 at 6:57 pm

    hoho

  2. joe
    June 12, 2013 at 3:28 am

    kalu wahabi sesat lagumana nok gi wat aji mekah nuh?

    tulong jawab lah…

  3. May 5, 2013 at 3:54 pm

    kita tentang habis-habis orang yang bernama nik aziz, jangan bagi muka kat mereka al-wahabi al-kazab

  4. faris
    April 26, 2013 at 11:12 pm

    ade gok ore bodo cam mu….. kt padang mahsyar mu tngok sape betul sape saloh…..

    • Anonymous
      April 30, 2013 at 2:19 pm

      dipadang mashsyar masing2 akan risau dengan buku amalan sendiri sahaja. tak ada PAS, tak ada jaminan Nik Mat masuk syurga dsb. semoga saudara tak dalam gulungan yg di gelapkan hati nya – menolak fakta tai melebihkan emosi membenci.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: