Home > POLITIK > NIK AZIZ TOLAK BR1M, TAPI SALAHUDDIN NAK BAGI RM2000 BR1M

NIK AZIZ TOLAK BR1M, TAPI SALAHUDDIN NAK BAGI RM2000 BR1M

Jika sebelum ini dua pemimpin tertinggi Pas memperkecilkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), hari ini Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berjanji akan memberikan bantuan sama sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Pulai itu berkata, pakatan pembangkang akan memberi bantuan sebanyak RM2,000, berbanding kenaikan sehingga RM1,200 sebagaimana terkandung dalam manifesto BN bagi PRU-13 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Saya dah kaji hasil negeri, dah baca report (laporan) daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, dah baca pendapatan negeri. Di bawah pakatan rakyat kita boleh bagi RM2,000, jauh lebih tinggi daripada BR1M Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena ceramah Pas di Taman Cempaka, Kempas di sini malam tadi.

Kenyataannya itu bertentangan dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyamakan kira-kira empat juta rakyat yang menerima pemberian BR1M sebagai ‘memberi hampas padi dan kelapa kepada ayam dan lembu’.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyamakan pemberian BR1M seperti zaman Firaun.

p/s : Eh Pembangkang pun suka BR1M ek? Maksudnya Gagasan 1Malaysia ni pun diterima oleh mereka.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: