Home > POLITIK > DAP TAKUT BETUL RED BEAN ARMY DITANGKAP

DAP TAKUT BETUL RED BEAN ARMY DITANGKAP

Ada semacam keresahan besar di kalangan pemimpin-pemimpin DAP, khususnya Lim Kit Siang apabila kerajaan dan pihak berkuasa dilihat lebih mengkhususkan kepada ancaman dan kerosakan yang telah dilakukan oleh Red Bean Army yang ditaja serta didalangi oleh DAP, meskipun DAP menerusi Lim Kit Siang berusaha bermati-matian untuk menafikan pembabitan mereka.

Dua malam sudah, Lim Kit Siang merangka ‘lawatan’ ke Hotel Concorde untuk menunjukkan kononnya bilik gerakan Red Bean Army tidak wujud dan hanyalah omongan kosong Barisan Nasional. Kononnya, Red Bean Army itu diwujudkan oleh UMNO bagi meluaskan lagi jurang polarisasi.

Al-maklumlah, DAP sudah lama melabelkan UMNO sebagai sebuah parti RASIS manakala DAP pula adalah sebuah parti yang menyayangi semua bangsa di Malaysia walaupun yang mendapat tempat istimewa dalam DAP hanyalah CINA, CINA dan CINA… manakala Melayu, India dan kaum Pribumi pula hanyalah sekadar pecacai untuk memenangkan calon CINA DAP!

Kerosakan besar yang dilakukan oleh RBA, bukannya kecil. Menerusi Facebook, RBA tidak sahaja mempertikaikan tentang kedudukan Melayu-Bumiputera dan Islam di Malaysia, bahkan menghina, mencaci dan memaki hamun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu-Bumiputera dan Islam terutama sekali UMNO. Bukan itu sahaja, RBA menjadikan tunggak utama pengtadbiran Malaysia iaitu Sultan-Sultan Melayu sebagai mangsa menimbulkan kebencian di kalangan generasi muda yang melihat kewujudan Sultan-Sultan Melayu sebagai sesuatu yang membazir.

Pada masa yang sama, RBA cuba memesongkan sejarah dengan penekanan kononnya orang Melayu di Malaysia adalah berasal dari Sumatera dan Semenanjung serta Sabah Sarawak tidak dihuni oleh mana-mana manusia kecuali setelah Cina dan Tamil datang ke negara ini dibawa Inggeris.

Anehnya, meskipun sejarah yang diputarbelitkan oleh RBA itu satu pembohongan nyata dan mudah untuk disanggah, hujah-hujah RBA diterima dengan senang hati.

Dari awal lagi telah didedahkan bahawa Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan menggunakan siber sebagai medan utama  untuk mendapatkan sokongan golongan muda yang lebih berpihak kepada sesuatu yagn kena di hati mereka dan menolak kebenaran yang tidak sama sepertimana yang mereka fikirkan.

Ternyata, keputusan PRU13 sebahagian besarnya terutama yang membabitkan golongan muda, terlibat secara langsung dengan RBA. Keberkesanan RBA yang bertindak bagi pihak DAP dan Pakatan Rakyat, membuatkan pihak berkuasa mula berwaspada menerusi natijah dan kesan yang ditinggalkan.

Anehnya, yang dibisingkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat adalah tentera-tentera siber UMNO-BN yang bercempera dan adakalanya tidak berteraju serta disusun dengan kemas. Dalam perbandingan yang lebih mudah, DAP dan PKR serta PAS diibaratkan seperti Russia yang mempunyai bala tentera yang lengkap persenjataan dan sistem serangan yang hebat tetapi yang dibisingkan adalah tentera-tentera Mujahiddin yang hanya bersenjatakan raifal buruk dan kurang berkesan untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Sudah terlalu banyak masa dan ruang diberikan oleh pihak berkuasa. Justeru apabila sebarang tindakan yang akan melumpuhkan RBA, ternyata yang paling kuat memekak adalah DAP.

Mengapa?

Sudah tentulah kerana DAP yang paling banyak melabur untuk RBA. Sebarang usaha menghapuskan dan merugikan pelaburan tersebut sudah tentulah akan ditentang oleh DAP.

Itu saja… dan bukannya alasan-alasan lain!!!

Aneh atau tidak, yang mendedahkan tentang Red Bean Army adalah orang DAP sendiri, manakala puak-puak UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak memberikan sebarang perhatian, tetapi yang dipersalahkan adalah UMNO dan Barisan Nasional?

sumber : http://theflyingkick.blogspot.com

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: