Home > POLITIK > ANWAR DESAK LEE LETAK JAWATAN UNTUK JADI MB SELANGOR

ANWAR DESAK LEE LETAK JAWATAN UNTUK JADI MB SELANGOR

Patutlah beria-ia sangat Anwar Ibrahim keluarkan kenyataan kononnya, para pemimpin dan rakyat kena bersatu-padu tolong Najib mengekalkan keamanan negara selain mengenepikan perjuangan parti masing-masing kerana negara jauh lebih penting berbanding parti.

Itulah perutusan khas yang kemudian disusuli dengan berita perletakan jawatan Lee Chin Cheh, ADUN PKR Kajang secara serta-merta.

Sebelum ini sudah tersebar berita, seseorang dari PKR akan dipaksa meletak jawatan dengan ganjaran-ganjaran tertentu akan diberikan. Kawasan yang dikatakan menjadi pilihan adalah kawasan Cina ramai. Anwar Ibrahim dikatakan akan bertanding di situ. Kalau menang, dia akan dipilih sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim yang akan dipaksa melepaskan jawatan kerana bersengketa dengan KEKASIH TERSAYANG Anwar iaitu Azmin Ali.

Berikut adalah maklumat pengundi DUN Kajang PRU13
Jumlah Pengundi: 38,965
Pecahan kaum: Melayu 48.48%, Cina 40.46%, India 10.15%
Jumlah Undi – 34,430
Undi Rosak: 541
Peratus Mengundi: 88.36%

Keputusan PRU13
1) Lee Chin Cheh – PKR – 19,571
2) Lee Ban Seng – BN – 12, 747
3) Mohamad Ismail – BERJASA – 1,014
4) Ong Yan Foo – BEBAS – 249
5) Mohd Khalid Kassim – BEBAS – 83
PKR menang majoriti – 6,824

Kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor telah bermula semenjak pertengahan penggal pertama Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Bagaimanapun, Azmin Ali gagal mendapat persetujuan untuk dijadikan Menteri Besar Selangor membuatkan dia berputih mata. Selepas PRU13, Khalid Ibrahim yang dijangkakan akan kalah setelah dipindahkan dari Ijok, ternyata telah menang dan sekali lagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Satu-satunya cara untuk memastikan PKR terus menang sebagai Menteri Besar Selangor adalah dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar atau Wan Azizah Wan Ismail yang telah selesai menjalani proses ‘pengharaman’ lima tahun selepas meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya pada tahun 2008.

Sesuatu yang pasti ialah, sekiranya Anwar Ibrahim atau Wan Azizah tidak dilantik sebagai Menteri Besar, lebih banyak demonstrasi dan kacau bilau akan berlaku di Selangor. Anwar Ibrahim yang gagal masuk ke Jepun pun, semua pihak hendak dipersalahkan, sehinggakan ada pula si bodoh yang menyatakan rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk Jepun kerana masalah Malaysia tak bayar hutang Jepun. Sedangkan ribuan rakyat Malaysia berulang-alik ke Jepun dan Malaysia setiap hari tanpa sebarang masalah.

Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk Jepun kerana status dirinya iaitu bekas banduan yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun.
Sudahkah rakyat Selangor terutama sekali orang Melayu yang kuat menyokong PKR dan Pakatan Rakyat bersedia untuk melakukan demonstrasi besar-besaran setiap hari untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor?
Rasa-rasanya mereka sudah sentiasa bersedia untuk berbuat begitu. Apatah lagi memberikan kemenangan besar kepada Anwar Ibrahim di kawasan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk UMNO dan MCA kuasainya!!!

Sumber : Flyingkick

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: