Home > POLITIK > AZMIN ALI ANGGAP AMK SEBAGAI BUDAK SURUHAN SAHAJA

AZMIN ALI ANGGAP AMK SEBAGAI BUDAK SURUHAN SAHAJA

shamsul-iskandar-mohd-akin copy

 

Sekali lagi Ketua AMK Malayasia, Shamsul Iskandar telah mengundang kemarahan parti apabila beliau mengeluarkan kenyataan media yang hanya menyokong sekiranya Anwar Ibrahim diletakkan sebagai calon untuk DUN N25 Kajang. Shamsul juga bertindak dengan menyatakan bahawa tujuan beliau menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon adalah untuk menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin negeri Selangor.

Namun begitu, pengerusi MPP PKR Selangor, Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media untuk tidak menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul AMK. Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Shamsul malah menyatakan bahawa calon perlulah seorang anak jati negeri Selangor yang faham dengan kaedah dan tatacara negeri yang bersultan dan bukannya mereka yang berasal daripada negeri tidak bersultan.

Azmin mengingatkan Shamsul dan AMK supaya tidak masuk campur dengan urusan pimpinan tertinggi parti. AMK cukup sekadar menerima arahan dari masa ke semasa sahaja.

Azmin juga memaklumkan bahawa PKR Selangor akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk memilih calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut. Mesyuarat tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 29 Januari ini. Beliau juga mengharapkan agar tiada sebarang spekulasi dibuat memandangkan mereka juga terkejut dengan perletakan jawatan ADUN Kajang tersebut petang tadi.

Azmin juga menegaskan bahawa tiada sebarang cadangan bahawasanya calon untuk kerusi DUN N25 ini bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

“Siapa sahaja berkemungkinan untuk menggantikan beliau buat masa ini,” ujar beliau ringkas.

Di bawah merupakan Kenyataan Media Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kenyataan Balas Azmin Ali.

AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi.

Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.

Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.

Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia

Tidak Menyokong Kenyataan Media AMK

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini.

Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang.

Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.

Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.

Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: