Home > POLITIK > ANWAR BERSALAH

ANWAR BERSALAH

Anwar Saipul

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.

“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”. 5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”

Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”

5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang.

Kalangan penyokong itu melaungkan “reformasi” dan “bebas Anwar!” beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.

Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.

5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.

Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

“Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi,” katanya.

Rentetan dari keputusan Mahkamah Rayuan ramai pemimpin PKR yang melahirkan rasa terkejut…

Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, “Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini”.

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. “Saya tidak percaya ia boleh berlaku,” katanya.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: “Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?”

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah lapor The Malaysian Insider

sumber : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2014/03/kes-liwat-2-mahkamah-dapati-anwar.html

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: