Home > POLITIK > WAN AZIZAH TAK KERUAN DI #PRKKAJANG

WAN AZIZAH TAK KERUAN DI #PRKKAJANG

Kehadiran Wan Azizah di bumi Kajang sebenarnya telah menyebabkan Presiden PKR boneka ini menjadi tidak keruan.

Jika sebelum ini beliau di lihat tersenyum seolah-olah tanda bersetuju yang teramat sangat untuk di calonkan sebagai wakil PKR menggantikan manusia pelbagai wajah Anwar Ibrahim , kini beliau harus menerima hakikat bahawa tekanan PRK Kajang menyebabkan tumpuan dan fikirannya terganggu.

Barangkali kerana itulah calon PKR ini hanya mampu memikirkan tentang perkara yang cukup memualkan untuk di jadikan sebagai antara manifesto khayalan sebagai syarat untuk menagih undi penduduk Kajang.

Seperti banyak pihak sedia maklum , PKR merupakan parti syok sendiri yang selama ini melacurkan janji sendiri semata-mata untuk kepentingan politik kepartian.Masih terngiang-ngiang ungkapan yang di buat oleh YB Khairy Jamaluddin sewaktu berhujah dengan Rafizi Ramli berkaitan isu pemansuhan PTPTN.

Di akhir hujah beliau , KJ dengan jelas menyebut bahawa antara manifesto dan janji kerajaan Pakatan Rakyat di bumi Selangor sebelum PRU13 yang lalu masih belum di tunaikan.Buktinya adalah janji untuk memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak tadika di seluruh Selangor hanya tinggal janji.Mungkin ini berikutan dakwaan selepas itu oleh pimpinan PKR khususnya , bahawa manifesto bukanlah satu janji.

Bayangkan untuk anak-anak tadika pun mereka GAGAL laksanakan !

Persoalannya seterusnya adalah jika manifesto bukan janji maka apakah definisi manifesto itu bagi mereka ?

Jika melihat kepada apa yang berlaku dalam PKR maka jawapannya adalah MANIFESTO itu adalah PEMBOHONGAN !

Mungkin kerana itulah maka Wan Azizah dengan segala kekeliruan dan mak angguk dalam parti celaru ini boleh menyatakan kepada rakyat Kajang melalui manifestonya untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di kawasan Kajang.

Satu tindakan paling bodoh yang pernah di janjikan oleh seorang yang mengaku pemimpin dan presiden parti.

Sedarkah kita bahawa manifesto itu telah membuka pekung kerajaan negeri Selangor sendiri ?

Kajang merupakan kawasan yang berada dalam negeri Selangor di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.Menteri Besar adalah salah seorang pemimpin dalam PKR dan Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonominya.Dengan kekuatan kewangan yang di miliki oleh negeri terkaya dalam negara ini rasanya manifesto gula-gula Azizah cukup mudah untuk di laksanakan.

Malah tidak perlu bermanifesto atau menunggu keputusan PRK untuk ianya di laksanakan.Soalnya sejauh mana keikhlasan pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat untuk menangani masalah rakyat ?

Setelah 2 penggal Wan Azizah menipu penduduk di Parlimen Permatang Pauh dengan pelbagai janji kosong sebelum ini , kini beliau cuba menipu masyarakat di Kajang pula.

Agak menghairankan melihat tingkah laku Wan Azizah atau keluarga putar belit ini dalam kancah politik negara.Apakah Wan Azizah tidak berasa malu dengan janji kosong yang di taburnya semata-mata untuk kepentingan suami peliwatnya ?

Bukan berniat untuk menghina mana-mana pihak tetapi sebagai perumpaannya Azizah seolah-olah mengajak rakyat Kajang untuk berdangdut.Sudah pasti di akhirnya Azizah akan untung besar manakala rakyat Kajang keletihan.

Inilah yang perlu di perhatikan oleh pengundi di Kajang.~UtaraNews.com

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: