Home > POLITIK > PKR KE PUTRAJAYA TERKANDAS DI KAJANG

PKR KE PUTRAJAYA TERKANDAS DI KAJANG

Akhirnya keputusan PRK DUN Kajang telah pun diumumkan semalam dengan PKR terus mengekalkan kerusi mereka disana. Walaupun begitu, keputusan menunjukkan majoriti kemenangan PKR TURUN sebanyak 1445 undi jika dibandingkan dengan keputusan PRU13.

Dan yang lebih tragisnya, kemunculan Presiden PKR sebagai calon ganti kepada suaminya sendiri GAGAL meraih lebih sokongan pengundi kajang jika hendak dibandingkan dengan bekas wakil rakyat PKR sebelum yang hanya berjawatan rendah dalam pertubuhan PKR itu.

Peratus keluar mengundi juga dilihat turun agak drastik dengan penurunan sebanyak 16.2 peratus berbanding dengan PRU13 yang lepas. Ramai orang mentafsirkan bahawa orang ramai tidak mahu mengundi sebanyak TANDA PROTES kepada pimpinan PKR yang mempergadaikan dan mempermainkan sistem demokrasi negara dengan sesuka hati untuk meletakkan jawatan yang telah di mandatkan oleh rakyat demi kepentingan peribadi masing-masing.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang juga boleh menunduk malu apabila keyakinan beliau yang mengatakan mereka pasti akan membuatkan calon BN hilang deposit pada PRK Kajang kali ini langsung tidak berjaya. Keangguhan beliau akhirnya memakan diri dimana memperlihatkan BN bukan sahaja tidak hilang deposit malah berjaya mengurangkan majoriti PKR.

Perjalanan Pakatan Rakyat untuk membawa kemenangan ini terus merampas Putrajaya sekali lagi tidak berjaya dan rakyat pada kali ini lebih matang dengan tidak mempercayai angan-angan mat jenin anwar ibrahim itu. Wan Azizah hanya menang pada kali ini diatas simpati pengundi yang masih belum boleh menerima ‘come back’ dari MCA.

Keputusan rasmi PRK Kajang

Advertisements
  1. Anonymous
    March 24, 2014 at 12:37 pm

    jadi selangor tak lama lagi dapat menteri besar perempuan. Boleh parti Islam teima tu

    • March 24, 2014 at 12:40 pm

      Demi Anwar, mereka akan turut perintah je..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: