Home > POLITIK > MB SELANGOR PECAT LAGI 105 RAKYAT SELANGOR

MB SELANGOR PECAT LAGI 105 RAKYAT SELANGOR

Sebuah lagi anak syarikat Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bakal mengikut langkah PKNS Holdings Sdn. Bhd. (PHSB) dengan menamatkan khidmat kakitangannya, lapor FMT.

Kini, seramai 105 orang kakitangan dan pekerja Hotel Quality Shah Alam yang bekerja di bawah pengurusan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad telah menerima surat pemberhentian kerja semalam yang antara kandungannya memaklumkan hari terakhir mereka bertugas adalah pada 31 Mei ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan walaupun Hotel Quality Shah Alam merupakan milikan kerajaan negeri, tetapi pengurusan hotel tersebut adalah di bawah kuasa dan jagaan Ahli Lembaga Kumpulan Peransang.

“Saya pasti bahawa apa-apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Kumpulan Perangsang, pastinya akan mengambil kira kebajikan pekerjanya.

“Bahkan, akan mengikut tatacara yang ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Abdul Khalid turut menolak spekulasi yang mengatakan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat sama dalam keputusan pemecatan 105 orang pekerja Hotel Quality Shah Alam tersebut.

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: