Home > ISU SEMASA > PEPERO HALAL

PEPERO HALAL

Sebenarnya entri kali ini pelik sikit. Tiba-tiba cerita pasal makanan pulak kan. Ini disebabkan 2-3 bulan ini, KumanKumin suka sangat makan benda pepero ni tapi ada yang meragui status halal produk ni. So lepas survey-survey, terjumpa lah artikel yang dibuat oleh Isteri Ally Iskandar. So confidentlah lepas ni nak makan lebih banyak. huhu

20130920_184322

Isteri kepada Ally Iskandar  atau dikenali ‘Farah Lee’ telah menjelaskan status kehalalan PEPERO yang suatu ketika pernah diragui kerana terdapat bahan-bahan yang mencurigakan. Ikuti status beliau:

Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc).

Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang ‘PEPERO tak halal’ kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal.

10151856_607653719309347_4366229429681616559_n

Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.

Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, kepada sesiapa yang masih was-was, disarankan agar tidak memakannya dan tidak pula mempertikai mereka yang yakin memakannya (refer hadith Rasul saw).

Diharap pencerahan ini membantu dan mohon disebarkan. Jazakumullah khayr

*nota kaki: Tak semestinya tiada logo halal bermakna makanan tersebut haram untuk dimakan kan.? Kering kontang lah badan kami, pelajar Muslim yang belajar di negara bukan islam, jika hanya memilih makanan yang ada ‘cop’ halal.

Regards,
Nurfarahin Romli

Advertisements
Categories: ISU SEMASA Tags: , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: