Home > POLITIK > #GST IBARAT UBAT

#GST IBARAT UBAT

Bagi KumanKumin, #GST ini ibarat ubat. Mula-mula memang pahit untuk ditelan. macam-macam perasaan akan muncul lebih-lebih lagi apabila ada orang yang menghasut mengatakan ‘ubat’ itu tak perlu makan. Tapi jika dimakan ‘ubat’ itu, hasil jangka panjang terhadap kesihatan diri adalah lebih baik.

 

Begitu jugak lah dengan #GST. Ia akan menyihatkan ekonomi negara pada masa akan datang. Dan rakyat negara ini juga akhirnya akan menerima faedah dan manfaat. Ketika itu penghasut ini akan diam membisu dan buat bodoh tak tahu malu.

 

So laksanakan ajer lah #GST ni. Tak perlu jadi popular jika akhirnya negara tergadai.

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program transformasi ekonomi yang telah dirancang perlu diteruskan, dan sebarang bentuk kajian semula mengenainya akan memberi isyarat negatif kepada ekonomi negara.

“Sebarang bayangan atau isyarat bahawa proses ini akan kita perlahankan atau kita akan kaji semula, akan memberi isyarat yang begitu negatif kepada ekonomi kita,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi, termasuk langkah memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) perlu dilakukan.

Katanya langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan dari segi pelaksanaannya, atau dalam erti kata lain tidak membebankan rakyat.

“Kita mesti melakukan langkah-langkah ini supaya kedudukan kewangan negara semakin mantap dan semakin kukuh.

“Apabila fundamental seperti ini menampakkan kesungguhan dan iltizam politik kita, maka keyakinan dunia, termasuk agensi penarafan terhadap kita akan bertambah positif lagi,” kata Najib.

“Saya yakin dan percaya dengan cara sebegini akan dapat menunjukkan kemampuan kita untuk bersaing dengan ekonomi yang lain kerana kita perlu kepada kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

“Kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, masalah kita akan bertambah berat, kalau kita nak lakukan apa sahaja, termasuk konsolidasi fiskal tanpa pertumbuhan ekonomi yang baik dan merangsangkan, cabaran ini akan menjadi lebih rumit lagi.

“Sebab itu komitmen kita untuk mencapai dalam lingkungan lima peratus mungkin kurang sikit atau lebih sikit… Tahun lepas, kita dapat 4.7 peratus, tahun ini mudah-mudahan kita mungkin dapat lebih daripada itu,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

“Misalnya dunia tahu bahawa GST baik untuk ekonomi sesebuah negara… kita semua yakin bahawa langkah kehadapan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat.

“Tapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

“Kita akui tahun pertama mungkin ada kenaikan sikit, tapi itu sekali dan tidak terlalu berat, dan kita ada langkah-langkah tertentu untuk tidak terlalu membebankan rakyat, dan yang penting asas kewangan negara akan lebih kukuh dan mantap,” jelas Najib.

BERNAMA

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: