Home > SUKAN > SEPARUH AKHIR PIALA FA 2014 : KELANTAN vs FELDA UNITED

SEPARUH AKHIR PIALA FA 2014 : KELANTAN vs FELDA UNITED

Juara bertahan, The Red Warriors terlebih dahulu ketinggalan 3-0 dalam 36 minit pertama perlawanan sebelum mereka mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menyamakan kedudukan.

Felda meraih jaringan menerusi Edward Junior Wilson pada minit ke-17, Indra Putra Mahayuddin (m25) dan Khairul Ismail (m36). Manakala Kelantan mendapat gol hasil jaringan Forkey Doe (41), Ahmad Fakri Saarani (43) dan Wan Zaharulnizam Zakaria (52).


Sebaik sahaja wisel sepak mula dibunyikan, Felda terus menguasai permainan dan kerapa kali melakukan serangan berbahaya, pada masa Kelantan hampir langsung tidak melakukan serangan seperti yang diharapkan.

Peluang Felda muncul seawal minit ke-4, apabila Solehin Kanasian gagal menyempurnakan hantaran K. Thanaraj. Asakan demi asakan dilakukan Felda sehingga membuahkan jaringan pembukaan menerusi Wilson selepas pemain itu berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan ke celah kaki Khairul Fahmi Che Mat.

Pertahanan Kelantan yang jelas longgar membuatkan Felda semakin selesa untuk mengatur serangan sehingga bekas penyerang pasukan The Red Warriors, Indra Putra yang tidak dikawal mudah melakukan tandukan hasil hantaran Zah Rahan.

Kelantan yang semakin leka dan banyak bermain di kawasan sendiri, sekali lagi dihukum ketika berlaku keadaan kelam kabut di depan gawang mereka dan Khairiul Ismail muncul melakukan sentuhan sekaligus menewaskan Khairul Fahmi.

Sedar mereka semakin tenggelam, Kelantan sedikit mempamerkan corak menyerang, dan bermula dengan jaringan Doe hasil hantaran menarik daripada Badhri Radzi, ia menjadi detik kebangkitan skuad itu untuk terus memburu gol.

Dua minit kemudian, Fakri Saarani yang tidak dikawal muncul melakukan tandukan selepas dia menerima hantaran sepakan percuma daripada Zairul Fitri. Sejurus selepas itu, Indra dilihat menunjukkan isyarat kepada rakan-rakannya agar menguatkan mental.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengasak kubu lawan. Asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil buat pasukan itu apabila Doe bijak melakukan lambungan kearah Wan Shahrulnizam untuk disempurnakan.

Selepas kedudukan 3-3, perlawanan dilihat semakin seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang, namun tiada jaringan tambahan yang berjaya dapat dilakukan.

Biarpun terikat 3-3, Felda membawa bekalan jaringan selesa untuk beraksi di separuh akhir kedua nanti.

Sumber : Astro Arena

Advertisements
Categories: SUKAN
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: