Home > ISU SEMASA, POLITIK > #HUDUD : PAS TUNDUK DESAKAN DAP

#HUDUD : PAS TUNDUK DESAKAN DAP

hadi-hududKUALA LUMPUR: PAS hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Jenayah Persendirian II atau hudud di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen, Jun ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat hari ini setelah mengambil kira penubuhan jawatankuasa teknikal antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat untuk meneliti cadangan pelaksanaan hudud.
“PAS mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
“Ini bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu selepas mesyuarat itu di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini sebentar tadi.
Mat Sabu dalam pada itu menambah, penangguhan berkenaan tidak bermakna PAS tidak serius dalam melaksanakan hudud di Kelantan malah berkata ia tindakan yang sangat serius memandangkan ianya melibatkan perbincangan antara kerajaan negeri dan pusat.
“Ini bukan perbincangan parti dengan parti.. Ini perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan.. G to G (goverment to goverment).. Jadi ini serius lah,” ujarnya lagi.
Keputusan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat hari ini juga, kata Mat Sabu, masih belum diketahui  oleh rakan komponen Pakatan iaitu DAP dan PKR.
“Ini baru dibincangkan dalam mesyuarat sebentar tadi. Mereka akan mengetahui dari laporan media,” ujarnya berseloroh.
PAS sebelum ini berdepan dengan tentangan daripada pelbagai pihak termasuk DAP dan PKR sejurus selepas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mengumumkan hasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian berhubung hukum hudud di sidang dewan rakyat, Jun ini.
Tentangan tersebut turut disuarakan oleh parti komponen BN, khususnya MCA dan beberapa parti komponen di Sabah dan Sarawak.
Selain itu juga, beberapa tokoh ilmuan turut meminta kerajaan negeri Kelantan untuk mengkaji semula cadangan tersebut, khususnya dari konteks pelaksanaan kerana berpendapat hudud belum sesuai dilaksanakan selagi persekitaran masih belum kondusif dan belum mampu mencapai tahap keadilan yang sebenar.
“Jika di luar ada nama keahlian,  mesti di luar pun ada. Setakat ini kira-kira 10 orang tercicir dari mengundi, ” katanya.
sumber : Antara Pos 
Advertisements
Categories: ISU SEMASA, POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: