Home > SUKAN > JDT MENGEJAR SELANGOR

JDT MENGEJAR SELANGOR

10322554_308639545966018_7271896323868913334_n

 

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencabar kedudukan Selangor sebagai pendahulu Liga Super selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan itu di Stadium Shah Alam  malam ini.

JDT yang sebelum ini menduduki tangga ketiga carta liga berjaya melonjak ke tempat kedua selepas mengumpul 32 mata iaitu dengan perbezaan dua mata di belakang Selangor.

Penyerang berbisa dari Argentina, Luciano Figueroa menjadi wira pasukan Harimau Selatan apabila berjaya meledakan jaringan pada minit ke-70.

Turut sama memperbaiki kedudukan ialah Terengganu selepas pasukan daripada pantai timur itu mengejutkan Pahang 4-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Skuad Penyu yang sebelum ini menduduki tangga keempat carta liga naik satu anak tangga selepas mengumpul 31 mata.

Gol pertama pasukan Terengganu dijaringkan oleh Javier Estupinan pada minit ke-19 sebelum Abdul Manaf Mamat kemudianya menggandakan jaringan skuad Penyu pada akhir babak pertama perlawanan.

Pahang kemudiannya merapatkan kedudukan hasil jaringan Damion Stewart pada minit ke-65.

Skuad Tok Gajah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohd Razman Roslan menerima kad kuning kedua pada minit ke-78, sekali gus gagal menyekat asakan Terengganu apabila Zairo Anuar Zalani menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.

Mohammad Ashari Samsudin kemudianya mengesahkan kemenangan bagi skuad Penyu pada minit terakhir masa kecederaan.

T-Team pula mencipta kejutan apabila mengalahkan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin  Shah, Kuala Terengganu.

Gol tunggal pasukan T-Team dijaringkan oleh Mohd Nizad Ayub pada minit ke- 48.

Lions XII turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pasukan dari negara jiran itu membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi jaringan penyerang berbisanya Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal sebelum Muhammad Zulfahmi Mohd Arifin menggandakan jaringan pada minit ke-21.

Gol saguhati pasukan pelawat hanya hadir pada minit ke-77 hasil jaringan Rezal Zambery  Yahya.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby dengan mudah mengalahkan pasukan  tercorot, Selangor PKNS FC 4-1.

Advertisements
Categories: SUKAN
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: