Home > SUKAN > #PIALATHOMAS2014 – MALAYSIA KECUNDANG DISAAT AKHIR

#PIALATHOMAS2014 – MALAYSIA KECUNDANG DISAAT AKHIR

BofkTB7IQAE9jDw

Malaysia gagal dalam penantian 22 tahun untuk sekali lagi menjuarai Piala Thomas, apabila tewas kepada Jepun 3-2 di peringkat akhir kejohanan itu di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India malam ini.

Pada perlawanan pertama, jaguh no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila mudah menewaskan Kenichi Tago 12-21, 16-21.

Bagaimanapun, pasangan negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo biarpun bermula garang di pusingan pertama dengan mencatat 21-12, sebelum gandingan Jepun itu bangkit di set kedua dan ketiga sekaligus menamatkan saingan dengan keputusan 12-21, 21-17, 21-19.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan Malaysia, Chong Wei Feng terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 19 tahun, Kento Momota apabila dia tewas dengan 21-15, 21-17.

Malaysia kemudiannya berjaya menghidupkan peluang untuk memburu piala berprestij itu selepas Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua dengan menumpaskan pasangan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 21-19, 17-21, 12-21.

Saingan semakin mendebarkan ketika penentuan juara terletak kepada pemain perseorangan ketiga, kedua-dua negara, Liew Daren dan Takuma Ueda.

Harapan Malaysia dilihat pudar apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh ketua pasukan negara itu sehingga mudah tewas 21-12. Namun, Daren bangkit di set kedua dengan 21-18.

Bersambung di set ketiga, permainan lebih sengit, namun segala-galanya yang telah dilakukan Daren masih tidak cukup untuk menyekat kemaraan Ueda sebelum tewas 21-17.

Walaupun persembahan Daren kurang memuaskan, bagaimanapun semangat juang yang ditunjukkannya dalam perlawanan terakhir itu cukup hebat.

Kekalahan itu sekaligus membenarkan Jepun muncul buat pertama kali menjuarai Piala Thomas. Sebaliknya ia melebarkan penantian 22 tahun Malaysia selepas kali terakhir negara menjuarai Piala Thomas iaitu pada 1992.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir:-

Kenichi Tago lwn Datuk Lee Chong Wei: 12-21, 16-21
Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo lwn Tan Boon Heong / Hoon Thien How: 12-21, 21-17, 21-19
Kento Momota lwn Chong Wei Feng: 21-15, 21-17
Keigo Sonoda / Takeshi Kamura lwn Goh V Shem / Tan Wee Kiong: 21-19, 17-21, 12-21
Takuma Ueda lwn Liew Daren: 21-12, 18-21, 21-17.

Advertisements
Categories: SUKAN
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: