Home > POLITIK > #PRKBUKITGELUGOR : RAMKARPAL MENANG

#PRKBUKITGELUGOR : RAMKARPAL MENANG

Calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi.

Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan pada jam 9.05pm.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu.

Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo – turut bersamanya.

DAP yang berharap memperoleh majoriti lebih tinggi berbanding tahun lepas, terpaksa mengalah kerana peratusan keluar mengundi yang rendah.

Terdahulu, sebelum para penyokong Karpal tiba di pusat pengiraan undi, mereka mengadakan sambutan yang penuh emosi.

Gurmit menitiskan air mata kegembiraan sambil memegang Ramkarpal, anak ketiga dan yang terbaru menyertai politik.

Ketiga-tiga calon lain hilang deposit RM15,000 mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan mendapat 3,583 undi.

Calon-calon Bebas, Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan, masing-masing mendapat 799 dan 225 undi.

Terdapat 539 undi rosak . Sementara itu, 56.4% atau 46,999 pengundi keluar mengundi di PRK Bukit Gelugor ini adalah antara paling rendah pernah dicatatkan, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata kehadiran yang rendah kerana Barisan Nasional tidak bertanding dan pengundi berasa yakin DAP akan memenangi PRK itu.

“Seperti dijangkakan juga, pengundi luar kawasan tidak pulang mengundi,” katanya pada satu sidang akhbar di Dewan Sri Pinang. SPR menjangkakan kehadiran sekurang-kurangnya 75%.

Ia adalah penurunan 30% daripada 86.3% bagi peratusan keluar mengundi pada pilihan raya umum tahun lepas apabila bapa Ramkarpal memenangi kerusi itu dengan jumlah 42,706 undi (61%).

Awal hari ini, Abdul Aziz berkata jumlah pengundi itu “sangat rendah” pada waktu pagi selepas pusat mengundi dibuka.

Beliau juga berkata sepatutnya lebih ramai pengundi muda keluar mengundi .

Kira-kira 37% daripada jumlah 82,431 pengundi di Bukit Gelugor berumur di antara 21 dan 39.

Beliau berkata jumlah kehadiran yang rendah tidak boleh dipersalahkan kepada faktor cuaca atau Piala Thomas.

“Kita perlu mengkaji lebih lanjut apa yang menyebabkan kadar keluar mengundi yang rendah.”lapor The Malaysian Insider

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: