Home > POLITIK > IBU DYANA MEROYAN

IBU DYANA MEROYAN

Yammy Samat ibu Dyna DAP

Kelakar pulak tengok Yammy Samad (Ibu kepada Dyana) yang meroyan tak tentu pasal selepas kekalahan anaknya di #PRKTelukIntan baru-baru ini .. Yammy berkata bahawa UMNO & BN tak betul, gagal lahirkan pemimpin muda yang bagus malah terus memuji pimpinan DAP yang telah membentuk anak dia menjadi pemimpin yang baik … TETAPI beliau tak mahu keluar daripada UMNO … uishhh pelik .. kalau dah UMNO & BN tak bagus, pergilah masuk DAP yang kata bagus sangat tu.. silakan lah .. pening aaaaaa

 

TELUK INTAN – Yammy Samad, ibu kepada calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk menentukan kedudukannya dalam parti.

Ketika ditanya berhubung perkara berkenaan, dia mempertahankan tindakannya memberi sokongan kepada Dyana bukan satu kesalahan besar.

“Saya tidak akan keluar daripada UMNO, terpulang kepada parti untuk pecat atau tidak.

“Cuma saya bukan Ahmad Said kerana masalah persandingan kenduri anak, dia keluar UMNO. Saya juga bukan Tun Dr. Mahathir kerana Mukhriz kalah ketua pemuda, dia keluar UMNO. Tapi, anak saya bertanding atas tiket DAP, saya masih ahli UMNO.

“Saya mahu tunjukkan kasih sayang seorang ibu, jangan pisah anak kerana parti,” katanya yang masih menjadi ahli UMNO Cawangan Kampung Tawas Tambahan, Ipoh ketika ditemuramah The Rakyat Post.

Mengulas mengenai kekalahan anaknya, Yammy menegaskan Dyana semakin kuat mengharungi perjalanan politik walaupun kesal fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu.

“Saya terima dengan kekalahan dengan terbuka. Dyana semakin kuat walaupun nyaris-nyaris menang, terima kasih kepada DAP kerana memberi peluang kepada Dyana.

“Cuma saya kesal cara pihak lawan cipta fitnah seperti Dyana perokok, pemabuk dan ada hubungan dengan orang Cina. Saya kenal anak saya bagaimana,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai keputusan Dyana Sofya untuk menetap di Teluk Intan, Yammy menyerahkan perkara itu kepada pimpinan DAP dengan harapan anaknya bangkit daripada kekalahan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pimpinan DAP komited didik Dyana betul-betul supaya dapat jadi pemimpin muda masa depan. Berbanding dengan BN, masing-masing mahu menguatkan kedudukan mereka,” katanya, lapor The Rakyat Post.

 

 

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: