Home > ISU SEMASA > UTUSAN JANGAN JADI BATU API #LPHJ

UTUSAN JANGAN JADI BATU API #LPHJ

unnamedAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN-Bukit Permai, Ali Mazat Salleh mendesak akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada institusi raja Johor.

Kata Ali, akhbar tersebut telah mencetuskan provokasi kepada rakyat terhadap institusi raja negeri itu.

“Pada saya surat khabar ini tidak betul dengan gambar sultan dengan satu perkataan wajarkah dan satu tanda soal yang begitu besar. Ini merupakan provokasi.

“Sebab itu saya menuntut akhbar ini memohon maaf kepada kesultanan negeri Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) di sini.

Utusan Malaysia dalam ruangan Awang Selamat mempersoalkan adakah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlalu lemah sehingga terpaksa membentangkan enakmen tersebut dengan memberi kuasa mutlak kepada sultan.

Selain itu, Ali juga turut menyuarakan kekecewaannya selepas Khaled membuat penjelasan panjang lebar tetapi media-media tertentu masih lagi mengkritik enakmen tersebut.

“Rupa-rupanya malam tadi ada lagi media-media yang menyiarkan komen-komen pemimpin negeri lain yang memandai-mandai mengatakan berbagai kritikan tentang enakmen ini.

“Enakmen ini dibuat kerana kami mendengar isi hati rakyat,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengucapkan tahniah kepada Khaled keran tidak tunduk dengan tekanan.

“Media begitu lancang mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab menghasut dengan kenyataan provokasi yang memburukkan kerajaan dan raja dan mengganggu gugat keharmonian rakyat kononya enakmen ini akan mendatangkan masalah.

“Kepada pemimpin luar, jangan hendak masuk campur dan ajar kami bagaimana hendak mentadbir negeri,” tegasnya.

Advertisements
Categories: ISU SEMASA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: