Home > ISU SEMASA > TAMBAK LAUT AKAN ROSAKKAN KHAZANAH LAUT DI JOHOR

TAMBAK LAUT AKAN ROSAKKAN KHAZANAH LAUT DI JOHOR

JOHOR BAHRU – Projek penambakan laut di Selat Johor berhampiran Gelang Patah dikhuatiri boleh memusnahkan kawasan khazanah alam semula jadi yang amat sensitif dan kaya dengan hidupan marin laut, menurut Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) cawangan Johor.

Pengerusinya Vincent Chow berkata kedudukan projek penambakan laut amat hampir dengan dua kawasan alam sekitar yang sensitif dikenali dalam kalangan pengkaji alam sekitar sebagai ‘Tanjung Adang Shoal’ dan ‘Merambong Shoal’.

“Kedua-dua kawasan habitat marin yang sensitif itu bukan sahaja kaya dengan rumpai laut, tetapi juga pelbagai hidupan marin yang lain seperti ikan, udang, kerang, kuda laut, ketam, plankton dan mikroorganisma marin lain.

“Disebabkan kaya dengan rumpai laut, kedua-dua kawasan cetek itu juga menjadi tarikan kepada haiwan marin yang unik, Dugong untuk mencari makanan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Chow yang telah menjalankan kajian terperinci terhadap kedua-dua kawasan itu melahirkan kebimbangannya terhadap masa depan Dugong dan ekosistem hidupan marin lain di Selat Johor berikutan projek penambakan laut dikenali ‘Forest City’ itu.

“Selat Johor merupakan satu daripada kawasan ragut Dugong yang utama kerana kekayaan rumpai lautnya,” katanya dan menambah, terdapat sembilan jenis rumpai laut di Selat Johor yang menjadi makanan kepada Dugong.

Selain Selat Johor, Chow berkata Dugong juga berenang sehingga ke Sungai Johor, Sungai Pulai dan beberapa pulau di Johor untuk mendapatkan bekalan makanan rumpai laut.

Dengan kawasan sumber makanannya musnah akibat pembangunan, Dugong katanya, berhadapan dengan masa depan yang malap di Johor.

Beliau juga mendedahkan hasil kajiannya menunjukkan kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada kawasan Merambong Shoal itu telah pun menjadi mangsa kepada projek penambakan laut itu.

Selain itu katanya, projek penambakan laut itu juga telah mengubah laluan arus air yang kritikal dalam membawa pelbagai mikroorganisma marin yang menjadi makanan kepada hidupan laut di kedua-kedua kawasan sensitif alam sekitar itu.

“Tanpa mikroorganisma marin yang penting bagi kelangsungan hidupan laut di kedua-dua kawasan itu, lama kelamaan ia (hidupan laut) berhadapan dengan ancaman kepupusan daripada Selat Johor,” katanya.

Kepupusan hidupan laut dan mikroorganisma laut yang lain kata Chow juga bakal menjejaskan kehidupan nelayan berikutan jumlah tangkapan mereka yang diperoleh semakin berkurangan dan tidak lagi ekonomik.

“Akhirnya nelayan tidak lagi mempunyai ikan, ketam, kerang dan udang untuk ditangkap,” katanya.

Chow menjelaskan pihaknya tidak menolak pembangunan kerana ia memberikan peluang ekonomi kepada penduduk tetapi meminta kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memelihara khazanah alam sekitar Johor.

“Kita boleh mewujudkan pangkalan data tentang kawasan-kawasan sensitif alam sekitar supaya pihak yang melaksanakan pembangunan di kawasan terbabit mempunyai pengetahuan tentang bagaimana hendak memelihara alam sekitar,” katanya.

Menurut beliau, apa yang dibimbanginya adalah kerajaan negeri dan pihak pemaju yang terlibat dengan projek penambakan laut tidak mempunyai pengetahuan tentang kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di Johor.

Chow berkata Johor masih memiliki banyak tanah di kawasan daratan dan tidak ada keperluan untuk menambak laut terutamanya berhampiran kawasan yang ditakrif sebagai khazanah alam semula jadi. – Bernama

20140707-215431-78871742.jpg

Advertisements
Categories: ISU SEMASA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: