Home > ISU SEMASA > FOREST CITY : PENAMBAKAN TANAH TAK PERLU EIA

FOREST CITY : PENAMBAKAN TANAH TAK PERLU EIA

5c617dc9709f918f5c4b8a3fe50b2d78_XL

Johor Bahru: Kerja penambakan laut bagi projek ‘Forest City’ yang dibimbangi Singapura berkemungkinan memberi kesan terhadap alam sekitar republik itu, tidak memerlukan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) kerana keluasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar (20 hektar).

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mokhtar Abdul Majid, pada ketika ini kerja penambakan laut di Selat Johor, berhampiran Laluan Kedua, Gelang Patah itu hanya melibatkan kawasan seluas 49 ekar (19.6 hektar).

“Memandangkan keluasan kawasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar, maka ia tidak memerlukan laporan EIA,” katanya kepada Bernama hari ini ketika ditanya tentang projek penambakan laut yang mendapat perhatian kerajaan Singapura itu.

Beliau mengesahkan projek penambakan laut di Selat Johor terbabit dilaksanakan oleh syarikat pemaju daripada China, Country Garden Holdings Ltd dan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Mokhtar berkata, kerja penambakan laut itu bermula pada awal Mac lepas dan dijangka mengambil masa selama lapan bulan untuk siap.

Dua hari lepas, Kementerian Luar Singapura menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan kesan merentasi sempadan ke atas republik itu akibat projek pembangunan hartanah itu di Selat Johor.

Advertisements
Categories: ISU SEMASA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: