Home > ISU SEMASA > SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN SIKAP KHALID SAMAD

SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN SIKAP KHALID SAMAD

Sultan-Selangor-Sultan-Sharafuddin-Idris-Shah11-2x4xzc88ux4dp28jw6c64q

Sultan Selangor ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang hari ini, secara berterus-terang menegur sikap biadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa esekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mentadbir hal ehwal agama Islam di negeri tersebut.

“Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS”, titah baginda.

Pada 18 Jun lepas, Khalid Samad telah mendesak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor meminda peruntukan enakman agar mengurangkan kuasa eksekutif MAIS susulan isu rampasan Bible dalam Bahasa Melayu di Petaling Jaya januari lalu. Kenyataan khalid seolah-olah mencabar Sultan Selangor kerana  MAIS adalah dibawah naungan baginda.

Setelah lebih sebulan berlalu, Sultan Selangor akhirnya bersuara. Ternyata Sultan Selangor amat murka dengan kenyataan Khalid itu hingga baginda mengingatkan Khalid agar berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menunjukkan sikap biadap dan jahil apabila membicarakan isu berkaitan peranan MAIS.

Sultan Selangor juga mengingatkan semua pihak khususnya ahli politik supaya jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam sentiasa terpelihara.

TITAH UCAPAN PENUH SULTAN SELANGOR (KLIK)

Advertisements
Categories: ISU SEMASA
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: