Home > POLITIK > KHALID ‘SOUND’ ANWAR

KHALID ‘SOUND’ ANWAR

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tegas Abdul Khalid, PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

IMG-20140722-WA0059

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Penyandang jawatan Menteri Besar itu berkata demikian bagi mengulas mengenai nasib dan kedudukannya dalam kerajaan negeri selepas komplot terancang untuk menjatuhkannya berjaya mencapai kata putus.

Menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlansung pada Isnin malam, parti itu sebulat suara melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai kesinambungan kepada ‘Langkah Kajang’.

Abdul Khalid yang menghormati keputusan tersebut bagaimanapun menasihatkan rakyat Selangor supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak tepat dan berunsur fitnah yang disebarkan berkaitan peralihan kuasa tersebut.

“Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.

Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: