Home > POLITIK > TOL CIQ NAIK : JAWAPAN KEPADA DAP OLEH MAHASISWA

TOL CIQ NAIK : JAWAPAN KEPADA DAP OLEH MAHASISWA

image

1 Ogos 2014 bermulanya kadar baru tol di Johor yang dikenakan terhadap kenderaan keluar masuk dari CIQ, BIS (Singapura). Kadar yang dinaikkan ini wajar dikenakan terhadap pengguna keluar masuk yang turut juga menggunakan kemudahan jalan raya di EDL (lebuhraya). Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan keluar masuk Singapura dan Johor, Malaysia menunjukkan perolehan tahap ekonomi yang baik. Segala penyelenggaraan dan peningkatan kos baik pulih kemudahan jalan raya di EDL juga perlu ditanggung oleh mereka yang menggunakan jalan tersebut setiap hari dari Singapura. Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor telah melakukan langkah yang bijak dalam menaikkan kadar tol tersebut supaya berlakunya satu keadaan win win situation.

Beberapa perkara perlu diteliti dengan baik dan difahami dengan hati yang terbuka seperti :

1 – Lebuhraya EDL merupakan lebuhraya yang tidak bertol. Segala kerosakan dan penambahbaikan jalan selepas ini dapat menggunakan kadar tol baru ini sebagai salah satu sumber penjanaan baik pulih. Ini disebabkan warga Singapura juga menggunakan jalan tersebut setiap hari.

2 – Bidasan pembangkang terhadap kadar baru ini terlihat penulis pula sebagai satu tindakan tidak munasabah dan perlu cermin diri. Mereka menyatakan bahawa mereka yang tidak menggunakan EDL juga terpaksa membayar kadar tersebut dan mereka yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ tidak perlu membayar tol. Bagi penulis, pengguna yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ kebanyakkan merupakan pengguna Malaysia dan Johor umumnya. Mereka tidak dikenakan tol atau cukai merupakan satu keistimewaan mereka selaku rakyat Malaysia.

3 – Singapura juga mengenakan tol RM 91 kepada setiap kenderaan yang memasuki wilayah tersebut, cas RM 35 untuk ERP, cas RM 3 untuk imigresen dan lain-lain. Jika Singapura berani mengenakan tol sedemikian tinggi terhadap rakyat Malaysia, mengapa Malaysia tidak boleh mengenakan tol yang tinggi kepada kenderaan Singapura? Bebanan cas Singapura yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang keluar masuk Singapura tiada pihak yang memperjuangkan, malah Malaysia yang bersetuju menaikkan RM 16.50 mendapat tentangan hebat. Ini yang diumpamakan seperti kera di hutan disusukan.

4 – Kadar tol yang baru ini diyakini dapat mengawal aliran trafik keluar masuk. Kesesakan lalu lintas yang sebelum ini mengundang masalah kepada rakyat Malaysia, Johor terutamanya yang menggunakan jalan sekitar Johor Bahru dapat dikurangkan. Budaya penggunaan pengangkutan awam juga boleh ditingkatkan terhadap pengguna.

5 – Untuk perhatian, ramai peniaga dan pembeli dari Singapura yang berurusan di Johor. Mereka juga menikmati bekalan mentah dan produk yang murah di Malaysia. Bagi penulis, kadar tol baru ini bukan satu perkara yang tidak adil kepada rakyat Singapura.

6 – Bantahan pihak pembangkang terhadap perlaksanaan tol baru ini hanya mengutamakan kepentingan pengguna Singapura berbanding warganegara Malaysia sendiri. Mereka bertindak seperti rogue politician yang hebat berjuang untuk kumpulan mereka dan hanya seperti boneka kepada agenda politik pihak lain yang berkepentingan.

Penulis percaya Kerajaan Pusat, Dato’ Seri Najib Razak dan Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Seri Khaled Nordin telah melakukan satu perkara yang bijak berkaitan perkara ini. Segala tohmahan negatif yang dikatakan menjejaskan kuasa beli rakyat Malaysia, meningkatkan kos perniagaan dan kesan inflasi yang membantutkan negara hanyalah rekaan yang cuba dicerminkan oleh pembangkang dalam memberikan imej buruk terhadap inisiatif kerajaan.

Kita perlu memahami terdahulu matlamat yang ingin disampaikan pihak pemerintah kepada rakyat dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pihak yang cuba mengelirukan kita. Tugas pembangkang yang dilihat relevan buat masa ini adalah membangkang walaupun perkara tersebut merupakan satu bentuk kebaikan kepada rakyat. Oleh itu, penulis kira kerajaan Johor sudah bersiap siaga mengenai perkara ini dari awal dan yakin kerajaan Johor dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya.

Shahrul Akmal Johari
Presiden Gabungan Anak Johor IPT Malaysia
Exco Biro Ta’lim Al-Aly, Suara Anak Muda 1 Malaysia

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. August 6, 2014 at 9:56 am

    Sedih apabila ramai orang melayu yang menyokong dan berhujah membabi buta tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. Jangan perbodohkan orang dengan isu sebegini. namun, sedarilah bahawa ia memerlukan orang yang BODOH untuk diperbodohkan tau. So, kalau pun penyokong2 BN diperbodohkan oleh page penyokong BN atau blogger pro BN ini bermaksud penyokong2 BN itu sendiri memang BODOH bukan?

    Haha.
    http://www.amenoworld.net/2014/08/menjawab-apa-itu-vep-kenaikan-tol-dan.html

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: