Home > ISU SEMASA > MALAYSIA BERKABUNG – 22 OGOS 2014

MALAYSIA BERKABUNG – 22 OGOS 2014

10325383_10152393563894998_6219954111852517552_n

 

Esok, Jumaat, 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara.

Selama sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian.

Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu akhirnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – destinasi terakhir untuk penerbangan terakhir mereka di dunia ini.

Istiadat penerimaan dan penghormatan jenazah mangsa MH17 pun sudah diatur. Ringkas namun penuh makna.
Pelaksanaannya adalah seperti berikut :

1.1 Tafakur selama 1 minit antara tempoh 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
1.2 Pada masa bertafakur orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minit. Bagi yang beragama Islam membaca Al fatihah dan yang bukan beragama Islam berdoa mengikuti agama masing-masing.
1.3 Pengumuman mula bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan tv.

2. Lokasi tafakur yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

Johor : Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru
Pulau Pinang : Jambatan Pulau Pinang (jambatan lama)
WPKL : Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
Selangor : KLIA 1 dan KLIA 2
Sarawak : Pasar Satok, Kuching
Sabah : Hadapan Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu

3. Bagi tujuan publisiti :

· RTM membuat liputan tempoh tafakur.
· Memaklumkan kepada pihak media massa untuk turut membuat liputan tafakur.
· Membuat rakaman foto dan menghebahkan di media sosial.
· Membuat hebahan umum (unit bergerak) di lokasi tafakur (termasuk menyiarkan siaran langsung radio semasa tempoh menunggu untuk bertafakur bagi memudahkan orang ramai mengetahui masa mula bertafakur).

Semoga rakyat Malaysia akan bertakaful secara sukarela dengan penuh ikhlas bersimpati terhadap keluarga mangsa. Jangan sekali-kali mempolitikkan tragedi ini mahupun upacara khas esok. Ketepikan sementara apa jua perbezaan antara kita.

Takziah Malaysia.

Advertisements
Categories: ISU SEMASA
  1. September 24, 2014 at 8:24 am

    Thanks for the marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you are a great
    author. I will be sure to bookmark your blog
    and may come back sometime soon. I want to encourage one to
    continue your great writing, have a nice day!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: