Home > POLITIK > PEMILIHAN PKR 2014 : AKHIRNYA BERKAHIR …

PEMILIHAN PKR 2014 : AKHIRNYA BERKAHIR …

Screen-shot-2014-03-26-at-11_07_27-PM

 

Inilah satu-satunya keistimewaan PKR yang bertaraf dunia… sehinggakan pemilihan PKR 2014 ini lebih dari layak untuk masuk Guinness Book of Records... jika diambil kira tempoh panjang masanya, sejak bulan Mac hingga kini, hujung bulan Ogos.

Ini kerana, pemilihan Presiden Indonesia yang libat 178 juta pengundi pun kalah dengan PKR yang pengundinya lebih kurang 60,000 saja.

Kiranya pilihanraya umum (PRU) Malaysia yang dikendalikan SPR, kalah lama dah jika hendak banding dengan PKR. PRU Malaysia undi pagi, libatkan 13 juta orang, malam dah tahu keputusan.

Pemilihan Presiden Indonesia mula bulan April habis bulan Jun umum keputusan bulan Julai.

Pilihanraya India yang libat ratusan juta pengundi pun ambik masa sebulan.

PKR lagi hebat dari pilihanraya di Indonesia dan India… iaitu dari Mac sampai Ogos… ini baru sempoi.

Pada Khamis di pejabat PKR Tropicana Damansara, selepas ‘berkurun lamanya’ parti itu mengumumkan keputusan rasmi pemenangnya.

Ini selepas berbagai aksi, dari baling kerusi, blackout, kotok undi dilarikan, kira undi dalam bilik hotel, dan macam-macam lagi.

Juga jangan lupa, selepas calon timbalan presiden Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibuang dari parti.

Keputusannya, wahasil balik asal, tak ada kejutan, untuk jawatan nombor satu, Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding.

Ini selepas pencabarnya, suami sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tarik diri.

Bagi jawatan nombor dua, Azmin Ali mempertahankan jawatan tersebut selepas mengalahkan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Azmin dapat 22,562 undi, Saifuddin 10,743 undi. Seorang lagi calon Khalid Ibrahim sudah terima ‘kad merah’ dan dibuang dari parti.

Undi terakhir Khalid sebelum ini diumumkan lebih 21 ribu.

Pengumuman pemenang itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media pagi ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mengekalkan jawatan yang disandang.

Nurul Izzah mendapat  29,712 undi manakala Tian Chua dengan  22, 324 undi.

Dua muka baru bagi jawatan naib presiden ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli.

Nurul Izzah, Tian Chua dan Rafizi adalah satu kem, ketua kem mereka, Saifuddin yang kalah dengan Azmin.

Shamsul pulak kem Azmin.

Manakala untuk jawatan Ketua AMK pemenangnya Nik Nazmi Nik Ahmad, dari kem Saifuddin, dan untuk Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dari kem Azmin berjaya mempertahankan kedudukannya.

Jika tengok senarai nama pemenang, orang kata, serupa saja, tak ada reformasi tak mana pun.

Yang kekal jadi ketua umum (ketum) jawatan yang tiada dalam perlembagaan parti adalah Anwar Ibrahim.

Boleh releks goyang kaki kemudian dakwa dia memimpin parti paling demokratik di Malaysia.

 

SUMBER : AGENDA DAILY – 21/8/2014

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: