Home > POLITIK > KHALID JUMPA SULTAN MOHON BUBAR DUN HARI INI?

KHALID JUMPA SULTAN MOHON BUBAR DUN HARI INI?

image

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa memendekkan cuti rehat di luar negara susulan daripada peristiwa terbaru mengenai sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap pencalonan Wan Azizah.

Baginda yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Ogos lalu terpaksa memendekkan masa perjumpaan dengan tujuan menyelesaikan permasalahan Menteri Besar Selangor.

Sudah tiba masanya suatu keputusan yang benar-benar memenuhi kehendak Islam disyariatkan dibuat dan diimplimentasi objektif kerajaan.

Sementara itu, Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan beliau akan menghadap bagi menyampaikan keputusan terkini Pakatan Rakyat.

“Saya akan maklumkan (Isnin) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan beri kenyataan media,” katanya kepada pemberita.

Ditanya kemungkinan beliau menghadap Sultan Selangor pada hari Isnin ini, Khalid Ibrahim hanya berkata perkara itu belum diketahui dan terserah kepada Sultan Selangor.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu Khalid Ibrahim mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Yang pasti PKR dan DAP mempunyai agenda tersendiri dalam mendesak Sultan Selangor menyegerakan pelantikan Wan Azizah sebagai calon Mengeri Besar Selangor.

Advertisements
Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...

%d bloggers like this: