Archive

Archive for the ‘ISU SEMASA’ Category

NUR JAZLAN MALAS LAYAN IBRAHIM ALI

December 15, 2014 Leave a comment

Nur Jazlan

Jawapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk Ibrahim Ali yang mengaku wira Melayu dan Islam.

Jazlan berkata beliau enggan memberikan sebarang pandangan mahupun komen berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim, cukup sekadar menerimanya.

“Saya malas nak bagi cakap lebih-lebih, dan saya rasa tak perlu untuk jawab dengan orang yang tidak boleh menerima pandangan orang lain, ataupun terima jawapan lain.

“Saya tak pernah panggil PERKASA bangsat. Tak mengapalah, dia betul-lah tu, dia seorang sahajalah yang betul,” katanya.

“Bangsat betul mereka ini,” kata Ibrahim Ali kepada lima pemimpin Umno iaitu  Nur Jazlan, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris sebelum itu, “Nur Jazlan pula, dia bangsat. Dia binatang, semasa berada di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu.”

Sindiran Zaid Ibrahim untuk Ibrahim!! “Dulu orang panggil saya gedebe, katak, kemudian rasis rupanya hari ini Alhamdulillah saya tabal diri saya sendiri wira kepada orang-orang Melayu Islam di negara Malaysia.”

NUR JAZLAN DIFITNAH MAHU KELUAR UMNO

November 15, 2014 Leave a comment

Patutlah ada beberapa Blog Pro UMNO sehari dua ni heboh dengan cerita kononnya seorang Ahli Parlimen dari UMNO akan menyertai PKR Isnin ini..

Puncanya hanyalah kerana Ahli Parlimen UMNO ini telah berada satu pentas dengan Ambiga rupanya..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Najib label mereka sebagai ‘Bangang’ .. memang ‘bangang’ rupanya sepentas dengan Ambiga pun boleh difitnah nak keluar UMNO..

Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum ‘Freedom of Expression Under Treat’ semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

“Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

“Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR

Categories: ISU SEMASA, POLITIK

TUN M SURUH NAJIB LETAK JAWATAN?

September 11, 2014 Leave a comment

Apa dah jadi? Tun Mahathir sekali lagi membuat statement panas yang mana beliau akan letak jawatan jika beliau adalah Perdana Menteri ketika ini..

Adakah ini satu nasihat kepada Dato Seri Najib supaya beliau letak jawatan?

image

DR M: IF I AM THE PRESENT PRIME MINISTER, I WOULD RESIGN

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad continued his offensive against Putrajaya today, saying he would step down were he the prime minister of the current administration.

The former prime minister accused Putrajaya of failing to provide strong leadership and put Malaysia on the right path to development.

“If I am the present prime minister, I would resign,” Dr Mahathir said when asked by the audience on what his successors had failed to achieve and what he would do if he was still head of the government today.

Before that, Dr Mahathir had criticised Putrajaya’s various transformation programmes, calling them populist measures to win approval rather than develop the nation.

He also lashed out at the government’s continuation of direct cash handouts in the form of the 1 Malaysia People’s Aid (BR1M), saying it was only promoting public dependency on government support.

http://www.suara.tv/2014/09/10/dr-m-if-i-am-the-present-prime-minister-i-would-resign

Categories: ISU SEMASA

MALAYSIA BERKABUNG – 22 OGOS 2014

August 21, 2014 1 comment

10325383_10152393563894998_6219954111852517552_n

 

Esok, Jumaat, 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara.

Selama sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian.

Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu akhirnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – destinasi terakhir untuk penerbangan terakhir mereka di dunia ini.

Istiadat penerimaan dan penghormatan jenazah mangsa MH17 pun sudah diatur. Ringkas namun penuh makna.
Pelaksanaannya adalah seperti berikut :

1.1 Tafakur selama 1 minit antara tempoh 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
1.2 Pada masa bertafakur orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minit. Bagi yang beragama Islam membaca Al fatihah dan yang bukan beragama Islam berdoa mengikuti agama masing-masing.
1.3 Pengumuman mula bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan tv.

2. Lokasi tafakur yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

Johor : Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru
Pulau Pinang : Jambatan Pulau Pinang (jambatan lama)
WPKL : Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
Selangor : KLIA 1 dan KLIA 2
Sarawak : Pasar Satok, Kuching
Sabah : Hadapan Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu

3. Bagi tujuan publisiti :

· RTM membuat liputan tempoh tafakur.
· Memaklumkan kepada pihak media massa untuk turut membuat liputan tafakur.
· Membuat rakaman foto dan menghebahkan di media sosial.
· Membuat hebahan umum (unit bergerak) di lokasi tafakur (termasuk menyiarkan siaran langsung radio semasa tempoh menunggu untuk bertafakur bagi memudahkan orang ramai mengetahui masa mula bertafakur).

Semoga rakyat Malaysia akan bertakaful secara sukarela dengan penuh ikhlas bersimpati terhadap keluarga mangsa. Jangan sekali-kali mempolitikkan tragedi ini mahupun upacara khas esok. Ketepikan sementara apa jua perbezaan antara kita.

Takziah Malaysia.

Categories: ISU SEMASA

TAKZIAH : ADUN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

August 20, 2014 Leave a comment

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.

Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham

 

559247_319574834800602_38959110_n

Categories: ISU SEMASA

PENGERUSI PAC (NUR JAZLAN) MAHU KERAJAAN KAJI TOL EDL

August 6, 2014 Leave a comment

10583993_263482737192850_3636889313063290673_n

 

ISRAEL MULA UGUT MALAYSIA #PRAY4GAZA

August 3, 2014 Leave a comment

10485141_10152356386224998_6798449945730370763_n-2x94jwpr7vu1r9trbn2cqy

KUALA LUMPUR – Tuduhan yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas adalah ugutan pertama Israel kepada Malaysia.

Pakar Geostrategik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, ia juga adalah sejenis taktik perang psikologi yang digunakan oleh Israel.

Menurutnya, Israel secara tidak langsung sebenarnya mahu Malaysia terus berdiam diri dan menghentikan tindakan mengutuk Israel.

Ini kerana Malaysia dilihat sebagai satu-satunya negara Islam yang terus terang menentang kekejaman Israel.

“Dalam kalangan Negara-Negara Pertubuhan Islam (OIC) pada ketika ini, Malaysia adalah paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza itu kalau dibandingkan dengan negara Arab yang lain.

“Suara Kuala Lumpur adalah begitu penting. Kalau Tel Aviv tidak boleh menekan Kuala Lumpur maka ia boleh mempengaruhi negara Islam yang lain untuk turut bersuara,” jelas Dr Azmi.

Sekiranya Malaysia enggan mempedulikan amaran ini, maka Israel tidak akan teragak-agak untuk terus membongkar beberapa ‘rahsia’ yang tidak benar untuk mencemarkan imej negara.

Tambah beliau lagi, negara-negara Islam berpengaruh yang lain tidak begitu lantang berperang lidah mengutuk kekejaman Israel di Semenajung Gaza.

Dalam pada itu, Dr Azmi juga menegaskan tuduhan yang dipetik daripada akhbar Jerusalem Post yang mengatakan Malaysia memberi latihan kepada ketenteran Hamas untuk menyerang Israel daripada udara adalah tidak berasas.

“Semua ini tidak logik. Kalau Malaysia nak melatih pejuang Hamas ataupun pejuang Palestin meluncur di udara itu adalah satu strategik yang tidak boleh diguna pakai kerana Israel mempunyai pertahanan udara yang cukup ketat,” tegas beliau.

Tegas Dr Azmi lagi, sejak dahulu lagi Malaysia tidak pernah menggalakkan kekejaman dan tiada rekod negara ini pernah melatih pejuang-pejuang Islam.

Jelasnya, walaupun Malaysia menyokong Palestin namun bukan cara Malaysia untuk menunjukan sokongan itu dengan melatih pejuang.

Pihak perisikan Israel Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) sebelum ini menuduh seorang pejuang Hamas yang ditahan mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun.

Menurut Shin Bet, suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Categories: ISU SEMASA Tags: , , ,

#PRAYMH17 : RUNDINGAN NAJIB BERJAYA

July 22, 2014 Leave a comment

Malaysian Prime Minister Najib Razak

Kerajaan dan puak pemisah pro-Rusia mendapat sepakat dalam permintaan negara dalam isu insiden MH17 yang terhempas Khamis lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiga perkara yang dipersetujui bersama selepas berunding dengan Aleksander Borodai iaitu ketua kumpulan pemisah pro Russia.

Tiga perkara yang dipersetujui bersama ialah isu mayat yang akan dipindahkan, penyerahan kotak hitam dan jaminan penyiasat bebas untuk masuk ke lokasi kemalangan dan membuat siasatan.

Menurut Najib mayat 282 orang akan dipindahkan dengan kereta api untuk diserahkan kepada wakil-wakil dari Belanda. Kereta api akan berlepas dan akan diiringi oleh enam wakil Malaysia.

Kemudian mayat akan diterbangkan ke Amsterdam dan mayat rakyat Malaysia akan diterbangkan pulang dengan C130 Hercules untuk prosedur forensik seterusnya.

Dalam pada itu kata Najib, perjanjian kedua adalah kedua-dua kotak hitam juga akan diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk untuk susulan siasatan lanjut.

Sementara ketiga katanya, penyiasat antarabangsa bebas juga akan dijamin akses selamat untuk lokasi kemalangan untuk memulakan siasatan penuh kejadian.

Ada satu pandangan yang menarik susulan kejayaan diplomasi Malaysia berbanding dengan diplomasi yang dianjurkan Amerika Syarikat. Dikatakan tindakan Presiden Obama bukan untuk memastikan mangsa, black box atau kawasan terhempas diberi perhatian tetapi lebih kepada memberi tekanan kepada Russia yang akan berdepan dengan pelbagai sekatan.

Apapun Najib meminta semua pihak untuk terus bekerja bersama-sama untuk memastikan perjanjian ini dihormati selain semua permintaan dipenuhi sepenuhnya

In recent days, we have been working behind the scenes to establish contact with those in charge of the MH17 crash site.

That contact has now been made. Under difficult and fluid circumstances, we have been discussing the problems that have occupied us all: securing vital evidence from the aircraft, launching an independent investigation, and above all recovering the remains of those who lost their lives.

Tonight, we have established the basis of an agreement to do just that.

Earlier this evening I spoke to Alexander Borodai, who is in command of the region where the tragedy occurred. We have agreed the following:

Firstly, the remains of 282 people, currently in Torez, will be moved by train to Kharkiv, where they will be handed over to representatives from the Netherlands. The train will depart this evening Ukraine time, and will be accompanied by six Malaysian members of the recovery team. The remains will then be flown to Amsterdam on board a Dutch C130 Hercules, together with the Malaysian team. Following any necessary forensic work, the remains of Malaysian citizens will then be flown home to Malaysia.

Secondly, at approximately 9pm tonight Ukraine time, the two black boxes will be handed over to a Malaysian team in Donetsk, who will take custody of them.

Thirdly, independent international investigators will be guaranteed safe access to the crash site to begin a full investigation of the incident.

I must stress that although agreement has been reached, there remain a number of steps required before it is completed.

There is work still to be done, work which relies on continued communication in good faith. Mr Borodai and his people have so far given their co-operation.

I ask that all parties continue to work together to ensure that this agreement is honoured; that the remains of our people are returned, that the black box is handed over, and that the international team is granted full access to the site.

Only then can the investigation into MH17 truly begin; only then can the victims be afforded the respect they deserve. We need to know what caused the plane to crash, and who was responsible for it, so that justice may be done.

In recent days, there were times I wanted to give greater voice to the anger and grief that the Malaysian people feel. And that I feel. But sometimes, we must work quietly in the service of a better outcome.

I understand that for the families, nothing can undo this damage. The lives taken cannot be given back; the dignity lost cannot be regained.

My heart reaches out to those whose loved ones were lost on MH17. We hope and pray that the agreement reached tonight helps bring them a clear step towards closure.

 

Categories: ISU SEMASA Tags: , , , ,

#PRAY4MH17 : MAS TAK BERNASIB BAIK – TUN M

July 18, 2014 Leave a comment

image

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak bernasib baik apabila MH17 menggunakan ruang udara bergolak dan ditembak kumpulan pemisah di sempadan Ukraine semalam.

Bekas perdana menteri itu berkata MH17 tidak bernasib baik apabila menjadi mangsa kumpulan pemisah yang terlibat dalam konflik kawasan itu.

“Ini suatu yang tidak bernasib baik kerana kawasan itu sedang berlaku peperangan dan terdapat kumpulan pemisah. Mereka bukan askar yang berdisiplin,” katanya dipetik dari portal One News (www.malaysia1news.my).

Beliau berkata pejuang pemisah boleh sewenang-wenangnya melepas tembakan tanpa mengira sesiapa sahaja di wilayah bergolak.

“Pemisah tidak mempunyai disiplin sama dengan tentera, mereka tembak tanpa ambil kira apa yang berlaku dan saya diberitahu kawasan tersebut banyak pesawat penumpang terbang.

“Ia mungkin berlaku kepada penerbangan lain tapi ia berlaku kepada MAS. Ini pasti tragedi berganda selepas MH370,” kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

Dr Mahathir berkata beliau sedih dengan tragedi kedua yang berlaku ini, serta bersimpati kepada keluarga mangsa penumpang insiden tersebut.

“Saya bersimpati kepada ahli keluarga dan mereka yang berkaitan dengan penumpang dalam pesawat ini,” katanya.

Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.

Pesawat MH17 yang terbang 300 meter di atas kawasan larangan apabila ditembak jatuh kumpulan pemberontak di timur Ukraine mengorbankan 298 nyawa.

Categories: ISU SEMASA

#PRAY4MH17 – SIDANG MEDIA PM

July 18, 2014 Leave a comment

image

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah selesai sidang media dan isi utamanya adalah seperti berikut:

Mengesahkan bahawa Pesawat Penerbangan Malaysia MH17 telah terhempas.

280 penumpang dan 15 krew disahkan berada di dalam MH17.

MAS dalam proses memaklumkan kepada keluarga mangsa yang terdekat.

Kawasan laluan udara MH17 disahkan oleh agensi penerbangan antarabangsa sebagai selamat dan tidak memberikan sebarang ancaman.

Pihak Kerajaan Ukraine mendakwa telah ditembak jatuh, tetapi Malaysia pada ketika ini tidak boleh mengesahkan punca tragedi tersebut.
Namun pihak Malaysia akan mengenal pasti punca terhempas dengan secepat mungkin.

Skuad Perubatan dan Skuad Bantuan Bencana telah dihantar serta-merta ke Kiev.

Menggesa sekiranya benar ditembak, pihak yang bertanggung jawab perlu dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta.

Beliau telah menghubungi beberapa pemimpin negara luar dan bakal berhubung dengan lebih ramai pemimpin lain untuk membincangkan tragedi ini.

Presiden Obama bersetuju bahawa tiada sebarang halangan patut dikenakan untuk proses menyelamat dan siasatan dilakukan.

Menggesa supaya tiada serpihan ataupun kotak hitam dialihkan dan diusik sehingga pasukan teknikal tiba.

Pihak Kerajaan Ukraine akan berbincang dengan pihak pemberontak  supaya satu koridor kemanusiaan disediakan supaya proses keselamatan dan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.

Pihak Kerajaan Ukraine akan mengadakan siasatan khusus untuk kes ini dan Malaysia dijemput untuk menyertai siasatan tersebut.
Insiden ini menyedihkan rakyat Malaysia dan tahun ini merupakan tahun yang sedih untuk Malaysia.
Sidang media tersebut adalah pada jam 4.51 pagi dan berlangsung selama 7 minit di Hotel Sama-Sama di KLIA.

Categories: ISU SEMASA
JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...