Archive

Archive for the ‘SUKAN’ Category

KJ NAK LETAK JAWATAN PULAK?

August 10, 2014 1 comment

Khairy-

JITRA 9 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti bahawa kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

Khairy berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika hasil post-mortem dan kajian mendalam mendapati kegagalan pada temasya sukan itu berpunca sepenuhnya daripada kesilapannya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.

“Tanyalah kepada persatuan-persatuan sukan dan pegawai-pegawai terlibat, kalau saya bersalah, saya bersedia untuk meletak jawatan setelah memegang jawatan ini lebih kurang setahun lebih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Sayap Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan pemilihan kontinjen ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan September ini.

“Proses itu sudah pasti akan dipengaruhi oleh pretasi di Glasgow dan saya akan buat ketetapan pilihan kontinjen sebelum bincang tentang sasaran pingat,” kata Kairy.

Mengenai pemilihan atlet beliau berkata elemen pendedahan perlu ada tetapi mereka akan dipilih dengan teliti dan mengambil kira bahawa atlet berkenaan mempunyai peluang untuk memenangi pingat.

“Sebahagian daripada atlet yang akan dihantar mestilah ada elemen pendedahan dan memenuhi beberapa kriteria, hantar untuk pendedahan, dengan harapan tak jadi bahan belasahan negara lain dan ada potensi untuk menang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata semua pergerakkan Pemuda Umno bahagian akan membawa tiga usul iaitu berkaitan keharmonian rakyat.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap apa juga tulisan yang menghina apa juga agama. Ada persepsi bahawa pihak berkuasa tidak bertindak dengan cepat dan tegas.

“Usul kedua ialah peremajaan parti, perlu ada kuota 30 peratus keseluruhan bagi calon-calon pilihan raya dan pembuat dasar iaitu lantikan ke majlis perbandaran dan GLC, juga harus ambil kira wakil-wakil daripada generasi muda dalam Umno dan usul ketiga ialah kecaman terhadap Israel,” katanya.

Categories: SUKAN

BRAZIL TERSUNGKUR MALU DI LAMAN SENDIRI

July 9, 2014 1 comment

Brazil mengharungi mimpi paling ngeri selepas Jerman bangkit garang mendahului 5-0 selepas berakhir babak pertama aksi separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi.

Hadir dengan keyakinan tinggi sekalipun tanpa kelibat dua bintang utama, Neymar dan kapten, Thiago Silva, Brazil gagal menampilkan aksi seperti diharapkan malah tidak menjana sebarang serangan yang mampu mengancam kubu Jerman.

Jerman yang nampak lebih tersusun membuka tirai jaringan menerusi penyerang Thomas Mueller seawal minit ke-11 sebelum mengamuk meledak empat lagi gol dalam masa enam minit bermula dengan jaringan Miroslav Klose pada minit ke-23.

Dua minit selepas Klose meledak jaringan ke-16 di Piala Dunia, Toni Kroos menambah gol ketiga Jerman dua minit kemudian sebelum menambah gol kedua peribadi seminit kemudian.

Dan jentera pertahanan Brazil terus terkapai-kapai apabila terus dibocori pada tiga minit kemudian menerusi jaringan Sami Khedira (minit ke-29) yang meletakkan tuan rumah di kedudukan mustahil untuk bangkit.

Jentera serangan Brazil jelas tidak berfungsi apabila tiada sebarang cubaan tepat berjaya dilancarkan sepanjang 45 minit pertama perlawanan dengan Jerman turut berpeluang menambah gol.

Bersambung diseparuh masa kedua, jentera serangan Jerman bergerak pantas untuk terus memalukan Brazil melalui jaringan Andre Schurrle pada minit ke-69.

Serangan Jerman tidak hanya berhenti disitu apabila rembatan Shurrle seterusnya menggegarkan jaring dan menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar pada minit ke-79.

Brazil hanya berjaya membawa gol saguhati setelah penyerang mereka, Oscar Junior berjaya menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer pada minit ke-90.

Jerman  melangkah ke pusingan akhir bagi saingan Piala Dunia 2014 dijangka bertemu sama ada pasukan Belanda atau Argentina yang akan berentap esok.

image

Categories: SUKAN

JDT RAMPAS TAKHTA LIGA SUPER

June 14, 2014 Leave a comment

Johor Bahru: Johor Darul Takzim berjaya merampas takhta Liga Super apabila berjaya menundukkan Terengganu 4-3 pada saingan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos yang berakhir sebentar tadi.

Ketinggalan pada awal babak saingan ketika menentang Terengganu, termasuk dilihat mempamerkan permainan hambar, JDT bagaimanapun garang merempuh benteng Terengganu pada minit-minit selepas gol pertama disumbat pada minit 21 oleh Jorge Diaz.

Bagaimanapun pujian harus diberikan kepada anak buah Abd Rahman Ibrahim kerana berjaya mempamerkan persembahan bertenaga untuk melawan apabila berjaya meledak gol ke dalam gawang JDT melalui Moustapha Dabo m-3 sebelum disusuli pada m-16 hasil sepakan Farhan Muhamad.
Tersentak dengan tamparan skuad Penyu, JDT mengejar melalui Jorge Diaz m-21 sebelum sensasi Harimau Selatan itu sekali lagi berjaya membolosi gawang lawan untuk menyamakan kedudukan pada minit 36.
Aksi cemerlang JDT membuatkan skuad Penyu mula lelah apabila pintu gol mereka sekian kalinya dirobek dengan jaringan hatrik Jorge Diaz pada m-53.

Berada selesa di depan, ketika perlawanan berbaki 10 minit, penyokong tuan rumah tersentak dengan jaringan balas pasukan pelawat pada m-83 melalui Vincent Bikana.

Beraksi pada masa tambahan, JDT mula menerima asakan demi asakan skuad Penyu yang tidak mahu mengalah, namun takdir menentukan wisel penamat oleh pengadil Wan Mohd Tarmizi Wan Ibrahim menguburkan impian mereka.

Tamat perlawanan JDT 4- Terengganu 3.

Categories: SUKAN

#PIALATHOMAS2014 – MALAYSIA KECUNDANG DISAAT AKHIR

BofkTB7IQAE9jDw

Malaysia gagal dalam penantian 22 tahun untuk sekali lagi menjuarai Piala Thomas, apabila tewas kepada Jepun 3-2 di peringkat akhir kejohanan itu di Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India malam ini.

Pada perlawanan pertama, jaguh no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila mudah menewaskan Kenichi Tago 12-21, 16-21.

Bagaimanapun, pasangan negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How tewas kepada Kenichi Hayakawa/Hiroyuki Endo biarpun bermula garang di pusingan pertama dengan mencatat 21-12, sebelum gandingan Jepun itu bangkit di set kedua dan ketiga sekaligus menamatkan saingan dengan keputusan 12-21, 21-17, 21-19.

Sementara itu, seorang lagi perseorangan Malaysia, Chong Wei Feng terpaksa akur dengan ketangkasan pemain berusia 19 tahun, Kento Momota apabila dia tewas dengan 21-15, 21-17.

Malaysia kemudiannya berjaya menghidupkan peluang untuk memburu piala berprestij itu selepas Goh V Shem/Tan Wee Kiong menyumbang mata kedua dengan menumpaskan pasangan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 21-19, 17-21, 12-21.

Saingan semakin mendebarkan ketika penentuan juara terletak kepada pemain perseorangan ketiga, kedua-dua negara, Liew Daren dan Takuma Ueda.

Harapan Malaysia dilihat pudar apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh ketua pasukan negara itu sehingga mudah tewas 21-12. Namun, Daren bangkit di set kedua dengan 21-18.

Bersambung di set ketiga, permainan lebih sengit, namun segala-galanya yang telah dilakukan Daren masih tidak cukup untuk menyekat kemaraan Ueda sebelum tewas 21-17.

Walaupun persembahan Daren kurang memuaskan, bagaimanapun semangat juang yang ditunjukkannya dalam perlawanan terakhir itu cukup hebat.

Kekalahan itu sekaligus membenarkan Jepun muncul buat pertama kali menjuarai Piala Thomas. Sebaliknya ia melebarkan penantian 22 tahun Malaysia selepas kali terakhir negara menjuarai Piala Thomas iaitu pada 1992.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan akhir:-

Kenichi Tago lwn Datuk Lee Chong Wei: 12-21, 16-21
Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo lwn Tan Boon Heong / Hoon Thien How: 12-21, 21-17, 21-19
Kento Momota lwn Chong Wei Feng: 21-15, 21-17
Keigo Sonoda / Takeshi Kamura lwn Goh V Shem / Tan Wee Kiong: 21-19, 17-21, 12-21
Takuma Ueda lwn Liew Daren: 21-12, 18-21, 21-17.

Categories: SUKAN

PEMILIHAN FAM : TMP 27 – 12 TMJ

fam

Shah Alam – Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.

Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM.

Keputusan Pemilihan Presiden dan Jawatan Tertinggi FAM 2014

Presiden:

  • Tengku Abdullah Sltan Ahmad Shah

Timbalan Presiden:

  • Datuk Seri Afandi Hamzah (KAFA)
  • Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (FA Selangor)

Naib Presiden:

  • Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (PAFA)
  • Datuk Takiyuddin Hassan (PBMM)
  • Datuk Sudarsono Osman (FA Sarawak)
  • Datuk Rozabil Abdul Rahman (FA Perlis)
Categories: SUKAN

JDT MENGEJAR SELANGOR

10322554_308639545966018_7271896323868913334_n

 

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencabar kedudukan Selangor sebagai pendahulu Liga Super selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan itu di Stadium Shah Alam  malam ini.

JDT yang sebelum ini menduduki tangga ketiga carta liga berjaya melonjak ke tempat kedua selepas mengumpul 32 mata iaitu dengan perbezaan dua mata di belakang Selangor.

Penyerang berbisa dari Argentina, Luciano Figueroa menjadi wira pasukan Harimau Selatan apabila berjaya meledakan jaringan pada minit ke-70.

Turut sama memperbaiki kedudukan ialah Terengganu selepas pasukan daripada pantai timur itu mengejutkan Pahang 4-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Skuad Penyu yang sebelum ini menduduki tangga keempat carta liga naik satu anak tangga selepas mengumpul 31 mata.

Gol pertama pasukan Terengganu dijaringkan oleh Javier Estupinan pada minit ke-19 sebelum Abdul Manaf Mamat kemudianya menggandakan jaringan skuad Penyu pada akhir babak pertama perlawanan.

Pahang kemudiannya merapatkan kedudukan hasil jaringan Damion Stewart pada minit ke-65.

Skuad Tok Gajah terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohd Razman Roslan menerima kad kuning kedua pada minit ke-78, sekali gus gagal menyekat asakan Terengganu apabila Zairo Anuar Zalani menjaringkan gol ketiga pada minit ke-90.

Mohammad Ashari Samsudin kemudianya mengesahkan kemenangan bagi skuad Penyu pada minit terakhir masa kecederaan.

T-Team pula mencipta kejutan apabila mengalahkan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin  Shah, Kuala Terengganu.

Gol tunggal pasukan T-Team dijaringkan oleh Mohd Nizad Ayub pada minit ke- 48.

Lions XII turut mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Pasukan dari negara jiran itu membuka jaringan pada minit ke-16 menerusi jaringan penyerang berbisanya Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal sebelum Muhammad Zulfahmi Mohd Arifin menggandakan jaringan pada minit ke-21.

Gol saguhati pasukan pelawat hanya hadir pada minit ke-77 hasil jaringan Rezal Zambery  Yahya.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby dengan mudah mengalahkan pasukan  tercorot, Selangor PKNS FC 4-1.

Categories: SUKAN

SEPARUH AKHIR PIALA FA 2014 : KELANTAN vs FELDA UNITED

Juara bertahan, The Red Warriors terlebih dahulu ketinggalan 3-0 dalam 36 minit pertama perlawanan sebelum mereka mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk menyamakan kedudukan.

Felda meraih jaringan menerusi Edward Junior Wilson pada minit ke-17, Indra Putra Mahayuddin (m25) dan Khairul Ismail (m36). Manakala Kelantan mendapat gol hasil jaringan Forkey Doe (41), Ahmad Fakri Saarani (43) dan Wan Zaharulnizam Zakaria (52).


Sebaik sahaja wisel sepak mula dibunyikan, Felda terus menguasai permainan dan kerapa kali melakukan serangan berbahaya, pada masa Kelantan hampir langsung tidak melakukan serangan seperti yang diharapkan.

Peluang Felda muncul seawal minit ke-4, apabila Solehin Kanasian gagal menyempurnakan hantaran K. Thanaraj. Asakan demi asakan dilakukan Felda sehingga membuahkan jaringan pembukaan menerusi Wilson selepas pemain itu berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan ke celah kaki Khairul Fahmi Che Mat.

Pertahanan Kelantan yang jelas longgar membuatkan Felda semakin selesa untuk mengatur serangan sehingga bekas penyerang pasukan The Red Warriors, Indra Putra yang tidak dikawal mudah melakukan tandukan hasil hantaran Zah Rahan.

Kelantan yang semakin leka dan banyak bermain di kawasan sendiri, sekali lagi dihukum ketika berlaku keadaan kelam kabut di depan gawang mereka dan Khairiul Ismail muncul melakukan sentuhan sekaligus menewaskan Khairul Fahmi.

Sedar mereka semakin tenggelam, Kelantan sedikit mempamerkan corak menyerang, dan bermula dengan jaringan Doe hasil hantaran menarik daripada Badhri Radzi, ia menjadi detik kebangkitan skuad itu untuk terus memburu gol.

Dua minit kemudian, Fakri Saarani yang tidak dikawal muncul melakukan tandukan selepas dia menerima hantaran sepakan percuma daripada Zairul Fitri. Sejurus selepas itu, Indra dilihat menunjukkan isyarat kepada rakan-rakannya agar menguatkan mental.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengasak kubu lawan. Asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil buat pasukan itu apabila Doe bijak melakukan lambungan kearah Wan Shahrulnizam untuk disempurnakan.

Selepas kedudukan 3-3, perlawanan dilihat semakin seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang, namun tiada jaringan tambahan yang berjaya dapat dilakukan.

Biarpun terikat 3-3, Felda membawa bekalan jaringan selesa untuk beraksi di separuh akhir kedua nanti.

Sumber : Astro Arena

Categories: SUKAN

SEPARUH AKHIR PIALA FA 2014 : JDT vs PAHANG

Pertemuan dua kuasa besar bolasepak tanahair malam tadi menyaksikan pertembungan yang tidak kurang kontroversinya samaada diatas padang mahupun diluar stadium. Namun kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Yang jernihnya, JDT berjaya mendapat gol awal melalui tendangan percuma yang diambil oleh Safiq Rahim dari sisi kanan kotak penalti Pahang pada minit ke-10.

Tindakan luar jangkaan Luciano keluar dari perkumpulan didalam kotak penalti dan merembat leret kegawang Pahang terbukti jaringan tunggal keemasan.

Banyak peluang mendatang buat JDT terbazir begitu sahaja, pada minit ke-18, Mahali Jasuli mendapat peluang terbuka, namun kegopohannya hanya menyaksikan rembatannya tinggi diatas palang Pahang.

IMG_7682

Dalam pada saling bertukar serangan, pada minit ke-35, tendangan percuma buat Pahang yang diambil oleh Azidan Sarudin mencari Dickson Nwakaeme disi kiri  yang terus membuat hantaran lintang tinggi dan tandukan lonjak Matias Conti berjaya mendapatkan gol penyamaan buat Pahang.

Tiada perbezaan rentak pada separuh masa kedua, 3 pertukaran dibuat oleh Bojan namun masih tidak dapat mengubah jumlah jaringan. Jorge Pereyra Diaz dalam persembahan sulungnya pada 10 minit terakhir masih bertatih mencari kesesuaian.

Beberapa keputusan pengadil menjadi tandatanya namun bukan tugas kami disini untuk menyatakan bantahan. Kesaksian oleh 35000 orang penyokong, kami jadikan sandaran. Terserah kepada pengurusan teknikal JDT untuk mengusulkan bantahan.

– See more at: http://johorsoutherntigers.com.my/ms/2014/05/06/separuh-akhir-piala-fa-pusingan-pertama-jdt-1-1-pahang/#sthash.8zLYl6Ol.dpuf

Categories: SUKAN
JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...