TUN M BUAT U-TURN SOKONGAN KEPADA NAJIB

August 18, 2014 Leave a comment

najib-razak-mahathir-mohamad-

 

Tun Mahathir Mohamad menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas melihat prestasinya lebih buruk berbanding Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Mahathir berkata, beliau tidak sangka pencapaian Najib dalam pilihan raya umum lalu lebih buruk berbanding Abdullah dan “dasar dan tindakannya juga tidak lebih berkesan” berbanding pendahulunya itu.

“Harapan saya Datuk Seri Najib akan mengambil ikhtiar dari prestasinya yang buruk dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

“Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Datuk Seri Najib.”


Professional valet service for all event

http://nusapark.com/

Justeru, menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, beliau tiada pilihan selain menarik balik sokongan dan menegur pemimpin itu.

“Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur,” katanya.

Mahathir antaranya mengkritik tindakan Najib “melayan tuntutan musuh” dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bersikap rendah diri kepada negara jiran serta memberikan layanan tidak saksama terhadap kaum dan parti yang menyelamatkan kerajaan.

Lebih sayangkan negara

Bekas perdana menteri juga mengkritik penggunaan wang kerajaan untuk mempengaruhi sokongan dalam pilihan raya, pengabaian industri tempatan, pertambahan cuti dan kenaikan gaji minimum.

“Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

“Semua ini disebabkan penyokong kerajaan tidak pernah menegur pemimpin,” katanya yang sebelum itu yang antaranya menceritakan kisah dongeng terkenal “kisah maharaja bogel”. Mahathir  berkata beliau rela menerima akibatnya akibat menegur pemimpin nombor satu negara itu.

“Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

“Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya,” katanya, lapor Malaysiakini.

Categories: POLITIK

KJ NAK LETAK JAWATAN PULAK?

August 10, 2014 1 comment

Khairy-

JITRA 9 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa beliau sanggup meletak jawatan sekiranya terbukti bahawa kegagalan pada Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland baru-baru ini berpunca daripada dirinya.

Khairy berkata, beliau bersedia berbuat demikian jika hasil post-mortem dan kajian mendalam mendapati kegagalan pada temasya sukan itu berpunca sepenuhnya daripada kesilapannya sendiri dalam membuat sebarang keputusan.

“Tanyalah kepada persatuan-persatuan sukan dan pegawai-pegawai terlibat, kalau saya bersalah, saya bersedia untuk meletak jawatan setelah memegang jawatan ini lebih kurang setahun lebih,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakkan Sayap Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga masih belum membuat sebarang keputusan muktamad berkenaan pemilihan kontinjen ke Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan September ini.

“Proses itu sudah pasti akan dipengaruhi oleh pretasi di Glasgow dan saya akan buat ketetapan pilihan kontinjen sebelum bincang tentang sasaran pingat,” kata Kairy.

Mengenai pemilihan atlet beliau berkata elemen pendedahan perlu ada tetapi mereka akan dipilih dengan teliti dan mengambil kira bahawa atlet berkenaan mempunyai peluang untuk memenangi pingat.

“Sebahagian daripada atlet yang akan dihantar mestilah ada elemen pendedahan dan memenuhi beberapa kriteria, hantar untuk pendedahan, dengan harapan tak jadi bahan belasahan negara lain dan ada potensi untuk menang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata semua pergerakkan Pemuda Umno bahagian akan membawa tiga usul iaitu berkaitan keharmonian rakyat.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap apa juga tulisan yang menghina apa juga agama. Ada persepsi bahawa pihak berkuasa tidak bertindak dengan cepat dan tegas.

“Usul kedua ialah peremajaan parti, perlu ada kuota 30 peratus keseluruhan bagi calon-calon pilihan raya dan pembuat dasar iaitu lantikan ke majlis perbandaran dan GLC, juga harus ambil kira wakil-wakil daripada generasi muda dalam Umno dan usul ketiga ialah kecaman terhadap Israel,” katanya.

Categories: SUKAN

RAFIZI SAHKAN LELAKI DALAM VIDEO SEKS ADALAH MUSTAFA ALI

August 10, 2014 1 comment

IMG-20140806-WA0142

Rafizi akhirnya kantoi lagi apabila mulut tempayannya gagal ditututp akibat sikat bapok beliau yang tersentuh jika ada yang mengutuk beliau ..

Apa pun admin nak ucap terima kasih kepada Rafizi Ramli kerana sudah pun mengesahkan bahawa kelibat atau susuk tubuh lelaki dalam satu video seks antara seorang lelaki yang menyerupai Mustafa Ali adalah BENAR dan SAHIH !!

Sebelum ini isu video seks tersebut sudah pun menjadi viral malahan spender putih milik lelakai tersabut juga sudah mampu melariskan jualan spender seumpamanya sejak sekian lama.

Namun seperti biasa puak pembangkang akan cuba untuk menafikannya selain daripada mengheret isu lain supaya rakyat tidak lagi mengingati insiden yang memalukan parti PAS tersebut.

Kini Rafizi Ramli selaku pemimpin dan wakil rakyat malah Pengarah Strategi PKR telah mengaku bahawa lelaki terbabit adalah Mustafa Ali apabila tidak dapat menahan emosi akibat perbalahan sesama pimpinan PKR dan PAS.

Semuanya bermula apabila Rafizi Ramli yang membuat pendedahan bahawa PAS enggan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU-13, dibalas oleh Mustafa Ali sebagai ‘kenyataan biadap’, dan Rafizi Ramli yang diketahui mudah tersentuh umpama pondan yang diberitahu tunggul misai dan janggut boleh nampak, segera membalas dengan menyelar Mustafa Ali.

Katanya, Mustafa Ali jauh lebih bodoh berbandingnya kerana ditangkap berzina dan perzinaannya dirakamkan menerusi video, manakala spender super meganya berwarna putih menjadi ikon baru yang mempersendakan Pakatan Rakyat dan PAS sendiri. Sehinggakan Mustafa Ali gagal menjadi calon kerana kebodohannya itu.

Bro !! Takkan nak kata Rafizi pembohong kot ?? Takkan nak kata Rafizi main-main kot ??

Kalau ada mana-mana pihak yang tampil menafikan kenyataan itu atau cuba menyelamatkan Rafizi dan Mustafa Ali dengan berkata itu hanyalah sekadar andaian Rafizi akibat emosi marah terhadap Mustafa , Admin rasa budak-budak tadika pun tau PEMBOHONG BESAQ !!

So amacam Mustafa ?? Rafizi nak taruk balik ker ?? Kenal sangat dah puak-puak munafik ni ….

Categories: POLITIK Tags: , , ,

PENGERUSI PAC (NUR JAZLAN) MAHU KERAJAAN KAJI TOL EDL

August 6, 2014 Leave a comment

10583993_263482737192850_3636889313063290673_n

 

ISU MB SELANGOR : SAIFUDDIN KANTOI BODOH TAK SAMPAI 24 JAM

August 4, 2014 Leave a comment

image

Tak boleh cara lain selepas Hadi & Nik Aziz menyokong Khalid  Ibrahim  , taktik kotor tuduhan salahlaku & penyelewengan   terpaksa juga  digunakan PKR untuk menendang MB Selangor ini .

Menariknya tak sampai 24 jam , Khalid relaks saja menangkis tuduhan fitnah ini dengan mencabar Saifudin agar membuat laporan SPRM  dan Bank Negara untuk membuktikan dirinya bersalah .

Taktik  memburukan imej dan intergriti Khalid adalah untuk menghakis sokongan  PAS & rakyat Selangor sekaligus membolehkan mereka menobatkan Wan Azizah sebagai MB .

Apakah Khalid akan menyaman Saifudin jika tuduhan fitnah ini tidak benar ??

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan terlibat dalam salah laku seperti yang dituduh PKR, malah mencabar partinya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri besar Selangor itu menyangkal dakwaan terlibat dalam urus niaga jualan tanah seperti didedah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

 “Saya memandang serius tuduhan salah laku yang dilemparkan oleh Setiausaha Agung Keadilan Datuk Saifuddin Nasution. 

 “Saya menafikan dakwaan ini kerana tidak benar sama sekali,” kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini. Khalid juga mencabar Saifuddin supaya melaporkan kepada SPRM dan Bank Negara dengan segera bagi membuktikan tuduhan ke atas dirinya benar.

 “Maka beliau (Saifuddin) dan rakan-rakan dalam Keadilan sepatutnya membuat laporan dengan kadar segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia,” katanya. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk bekerjsama jika disiasat pihak pihak berkuasa.

 “Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kesediaan untuk memberikan sepenuh komitmen dan kerja sama sekiranya ada siasatan dijalankan terhadap saya,” katanya. Khalid turut tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.  

“Saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap saya,” katanya. Menteri besar dua penggal itu pada ketika ini berdepan kemungkinan disingkirkan partinya sendiri.

 Awal hari ini, Saifuddin mendedahkan Khalid terlibat dalam aktiviti meragukan membabitkan urus niaga jualan tanah di negeri itu. Saifuddin berkata, urusan jualan tersebut berlaku sejurus selepas tempoh sebulan Khalid mencapai penyelesaian luar mahkamah kes hutang dengan Bank Islam.

 Saifuddin berkata, Eco World memperoleh 125 hektarah yang dijual oleh Tropicana Corp Berhad yang membelinya sebelum itu daripada kerajaan negeri Selangor pada April 2013. Katanya, urusniaga penjualan kepada Eco World berlaku pada 19 Mac 2014 selepas penyelesaian hutang Bank Islam dengan Khalid pada Februari 2014. Malahan, Saifuddin juga mendakwa penjelasan Khalid mengenai penyelesaian tersebut tidak menyakinkan dan integritinya dipersoalkan. – 4 Ogos, 2014.

Categories: POLITIK

BEKAS SETPOL USTAZ AZIZAN BOGELKAN @RAFIZIRAMLI

August 3, 2014 Leave a comment
PKR_PRESS_CONFERENCE_RAFIZI-RAMLI-150414_TMINAJJUA_04
Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu… Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak…lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya – memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat…

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan ‘tokong’ dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya… Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Todak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizinkan tolak ansur ininkalau bukan Presiden PAS tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak…

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali…!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga… Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato’) untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect…

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam…

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah – walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan muat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya mendongak!

Muhammad Sanusi Md Nor
Bekas Setpol Ust Azizan

ISRAEL MULA UGUT MALAYSIA #PRAY4GAZA

August 3, 2014 Leave a comment

10485141_10152356386224998_6798449945730370763_n-2x94jwpr7vu1r9trbn2cqy

KUALA LUMPUR – Tuduhan yang mengatakan Malaysia menjalin kerjasama ketenteraan dengan Hamas adalah ugutan pertama Israel kepada Malaysia.

Pakar Geostrategik, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, ia juga adalah sejenis taktik perang psikologi yang digunakan oleh Israel.

Menurutnya, Israel secara tidak langsung sebenarnya mahu Malaysia terus berdiam diri dan menghentikan tindakan mengutuk Israel.

Ini kerana Malaysia dilihat sebagai satu-satunya negara Islam yang terus terang menentang kekejaman Israel.

“Dalam kalangan Negara-Negara Pertubuhan Islam (OIC) pada ketika ini, Malaysia adalah paling lantang sekali menentang pencerobohan di Gaza itu kalau dibandingkan dengan negara Arab yang lain.

“Suara Kuala Lumpur adalah begitu penting. Kalau Tel Aviv tidak boleh menekan Kuala Lumpur maka ia boleh mempengaruhi negara Islam yang lain untuk turut bersuara,” jelas Dr Azmi.

Sekiranya Malaysia enggan mempedulikan amaran ini, maka Israel tidak akan teragak-agak untuk terus membongkar beberapa ‘rahsia’ yang tidak benar untuk mencemarkan imej negara.

Tambah beliau lagi, negara-negara Islam berpengaruh yang lain tidak begitu lantang berperang lidah mengutuk kekejaman Israel di Semenajung Gaza.

Dalam pada itu, Dr Azmi juga menegaskan tuduhan yang dipetik daripada akhbar Jerusalem Post yang mengatakan Malaysia memberi latihan kepada ketenteran Hamas untuk menyerang Israel daripada udara adalah tidak berasas.

“Semua ini tidak logik. Kalau Malaysia nak melatih pejuang Hamas ataupun pejuang Palestin meluncur di udara itu adalah satu strategik yang tidak boleh diguna pakai kerana Israel mempunyai pertahanan udara yang cukup ketat,” tegas beliau.

Tegas Dr Azmi lagi, sejak dahulu lagi Malaysia tidak pernah menggalakkan kekejaman dan tiada rekod negara ini pernah melatih pejuang-pejuang Islam.

Jelasnya, walaupun Malaysia menyokong Palestin namun bukan cara Malaysia untuk menunjukan sokongan itu dengan melatih pejuang.

Pihak perisikan Israel Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) sebelum ini menuduh seorang pejuang Hamas yang ditahan mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun.

Menurut Shin Bet, suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Categories: ISU SEMASA Tags: , , ,

TOL CIQ NAIK : JAWAPAN KEPADA DAP OLEH MAHASISWA

August 1, 2014 1 comment

image

1 Ogos 2014 bermulanya kadar baru tol di Johor yang dikenakan terhadap kenderaan keluar masuk dari CIQ, BIS (Singapura). Kadar yang dinaikkan ini wajar dikenakan terhadap pengguna keluar masuk yang turut juga menggunakan kemudahan jalan raya di EDL (lebuhraya). Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan keluar masuk Singapura dan Johor, Malaysia menunjukkan perolehan tahap ekonomi yang baik. Segala penyelenggaraan dan peningkatan kos baik pulih kemudahan jalan raya di EDL juga perlu ditanggung oleh mereka yang menggunakan jalan tersebut setiap hari dari Singapura. Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor telah melakukan langkah yang bijak dalam menaikkan kadar tol tersebut supaya berlakunya satu keadaan win win situation.

Beberapa perkara perlu diteliti dengan baik dan difahami dengan hati yang terbuka seperti :

1 – Lebuhraya EDL merupakan lebuhraya yang tidak bertol. Segala kerosakan dan penambahbaikan jalan selepas ini dapat menggunakan kadar tol baru ini sebagai salah satu sumber penjanaan baik pulih. Ini disebabkan warga Singapura juga menggunakan jalan tersebut setiap hari.

2 – Bidasan pembangkang terhadap kadar baru ini terlihat penulis pula sebagai satu tindakan tidak munasabah dan perlu cermin diri. Mereka menyatakan bahawa mereka yang tidak menggunakan EDL juga terpaksa membayar kadar tersebut dan mereka yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ tidak perlu membayar tol. Bagi penulis, pengguna yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ kebanyakkan merupakan pengguna Malaysia dan Johor umumnya. Mereka tidak dikenakan tol atau cukai merupakan satu keistimewaan mereka selaku rakyat Malaysia.

3 – Singapura juga mengenakan tol RM 91 kepada setiap kenderaan yang memasuki wilayah tersebut, cas RM 35 untuk ERP, cas RM 3 untuk imigresen dan lain-lain. Jika Singapura berani mengenakan tol sedemikian tinggi terhadap rakyat Malaysia, mengapa Malaysia tidak boleh mengenakan tol yang tinggi kepada kenderaan Singapura? Bebanan cas Singapura yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang keluar masuk Singapura tiada pihak yang memperjuangkan, malah Malaysia yang bersetuju menaikkan RM 16.50 mendapat tentangan hebat. Ini yang diumpamakan seperti kera di hutan disusukan.

4 – Kadar tol yang baru ini diyakini dapat mengawal aliran trafik keluar masuk. Kesesakan lalu lintas yang sebelum ini mengundang masalah kepada rakyat Malaysia, Johor terutamanya yang menggunakan jalan sekitar Johor Bahru dapat dikurangkan. Budaya penggunaan pengangkutan awam juga boleh ditingkatkan terhadap pengguna.

5 – Untuk perhatian, ramai peniaga dan pembeli dari Singapura yang berurusan di Johor. Mereka juga menikmati bekalan mentah dan produk yang murah di Malaysia. Bagi penulis, kadar tol baru ini bukan satu perkara yang tidak adil kepada rakyat Singapura.

6 – Bantahan pihak pembangkang terhadap perlaksanaan tol baru ini hanya mengutamakan kepentingan pengguna Singapura berbanding warganegara Malaysia sendiri. Mereka bertindak seperti rogue politician yang hebat berjuang untuk kumpulan mereka dan hanya seperti boneka kepada agenda politik pihak lain yang berkepentingan.

Penulis percaya Kerajaan Pusat, Dato’ Seri Najib Razak dan Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Seri Khaled Nordin telah melakukan satu perkara yang bijak berkaitan perkara ini. Segala tohmahan negatif yang dikatakan menjejaskan kuasa beli rakyat Malaysia, meningkatkan kos perniagaan dan kesan inflasi yang membantutkan negara hanyalah rekaan yang cuba dicerminkan oleh pembangkang dalam memberikan imej buruk terhadap inisiatif kerajaan.

Kita perlu memahami terdahulu matlamat yang ingin disampaikan pihak pemerintah kepada rakyat dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pihak yang cuba mengelirukan kita. Tugas pembangkang yang dilihat relevan buat masa ini adalah membangkang walaupun perkara tersebut merupakan satu bentuk kebaikan kepada rakyat. Oleh itu, penulis kira kerajaan Johor sudah bersiap siaga mengenai perkara ini dari awal dan yakin kerajaan Johor dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya.

Shahrul Akmal Johari
Presiden Gabungan Anak Johor IPT Malaysia
Exco Biro Ta’lim Al-Aly, Suara Anak Muda 1 Malaysia

Categories: POLITIK

MB SELANGOR : NIK AZIZ SOKONG KHALID

July 27, 2014 1 comment

image

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS

KHALID ‘SOUND’ ANWAR

July 23, 2014 Leave a comment

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tegas Abdul Khalid, PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

IMG-20140722-WA0059

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Penyandang jawatan Menteri Besar itu berkata demikian bagi mengulas mengenai nasib dan kedudukannya dalam kerajaan negeri selepas komplot terancang untuk menjatuhkannya berjaya mencapai kata putus.

Menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlansung pada Isnin malam, parti itu sebulat suara melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai kesinambungan kepada ‘Langkah Kajang’.

Abdul Khalid yang menghormati keputusan tersebut bagaimanapun menasihatkan rakyat Selangor supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak tepat dan berunsur fitnah yang disebarkan berkaitan peralihan kuasa tersebut.

“Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...