Archive

Posts Tagged ‘anwar ibrahim’

14 ADUN PAS TAK NAK WAN AZIZAH

August 24, 2014 Leave a comment

wan_azizah ngangis

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Kami dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.”

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan “dalam masa terdekat” bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

MB SELANGOR : NIK AZIZ SOKONG KHALID

July 27, 2014 1 comment

image

Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.

Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS

KHALID ‘SOUND’ ANWAR

July 23, 2014 Leave a comment

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengingatkan parti politik yang diwakilinya supaya menggunakan saluran betul dalam usaha untuk menyingkirkan beliau daripada kerusi Menteri Besar Selangor.

Tegas Abdul Khalid, PKR tidak seharusnya membelakangkan enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

IMG-20140722-WA0059

“Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

“Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang diamanahkan rakyat Selangor yang memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Penyandang jawatan Menteri Besar itu berkata demikian bagi mengulas mengenai nasib dan kedudukannya dalam kerajaan negeri selepas komplot terancang untuk menjatuhkannya berjaya mencapai kata putus.

Menerusi mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang berlansung pada Isnin malam, parti itu sebulat suara melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid sebagai kesinambungan kepada ‘Langkah Kajang’.

Abdul Khalid yang menghormati keputusan tersebut bagaimanapun menasihatkan rakyat Selangor supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat tidak tepat dan berunsur fitnah yang disebarkan berkaitan peralihan kuasa tersebut.

“Saya berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita fitnah, bersifat provokasi dan kontroversi kerana Selangor mempunyai tatacara pelantikan Menteri Besar secara tertib dan beradab seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Pada masa sama, saya ingin menegaskan kepada seluruh rakyat Selangor dan pelabur bahawa isu ini tidak sedikit pun menjejaskan sistem pentadbiran negeri,” katanya.

AZMIN ALI MANGSA PARTI KELUARGA #PKR

June 12, 2014 Leave a comment

azmin-kantoi

Azmin Ali dilihat kini menjadi mangsa seterusnya oleh parti pimpinan anak beranak (PKR) yang kini telah dituduh mengamalkan politik wang dalam pemilihan pimpinan PKR baru baru ini .. Nampaknya impian Anwar untuk menjadikan pimpinan tertinggi PKR oleh isteri dan anak-anak beliau akan menjadi kenyataan jika Azmin Ali didapati bersalah..

Bersorak gembira lah Nurul Izzah selepas ini .. tidak mustahil selepas ini Nurul Nuha, Mohd Ehsan mahupun Nurul Ilham akan melibatkan diri dalam politik dan seterusnya memegang jawatan-jawatang penting dalam parti .. tungguuuuu …

 

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang anggota dari kem Mohamed Azmin Ali cuba menyogok Pengerusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Abdul Malek Hussin.

Menyifatkan kes berkenaan ‘berprofil tinggi’ kerana membabitkan pemimpin utamanya, Lembaga Disiplin PKR melantik veteran parti, Dr Syed Husin Ali untuk mengetuai pasukan siasatan.

Syed Husin adalah bekas Timbalan Presiden PKR sebelum Azmin mengambil alih kedudukannya pada pemilihan 2010.

Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, PKR memandang serius dakwaan politik wang dalam parti itu dan mahu siasatan dijalankan dengan terpeinci walaupun membabitkan individu berpengaruh dan berjawatan tinggi.

“Kita sudah meneliti surat aduan berhubung politik wang dan kita sedar ini merupakan dakwaan serius terutama membabitkan pemimpin utama parti.

“Justeru kita bersetuju melantik Dr Syed Husin untuk meneliti kes ini,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Dr Tan mengulas mengenai status terkini susulan aduan bertulis yang dikemukakan ahli parti itu yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berhubung dakwaan Abdul Malek menolak rasuah yang diberi calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar dan ‘bosnya’.

Menurut Badrul Hisham, berdasarkan khabar angin, ‘bos’ yang dimaksudkan itu berkemungkinan Azmin yang hampir pasti mempertahankan kerusi Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

Sebelum ini, sememangnya diketahui bahawa Xavier berada dalam kem ‘Keadilan Raya’ yang diketuai Azmin.

 

#PRKTELUKINTAN : BN MENANG

Tahniah kepada seluruh jentera BN yang telah berjaya menggerakkan kempen sehingga BN mencapai kemenangan merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Intan. Rakyat Teluk Inta mungkin telah sedar bahawa pihak DAP dan Pakatan Pembangkang tidak boleh diharapkan bagi membangunkan dan mensejahterakan negara.

Nampaknya strategi DAP mempergunakan anak muda Melayu telah menyebabkan mereka gagal meraih sokongan pengundi kerana ianya lebih dilihat sebagai meletakkan patung boneka yang akan mengikut telunjuk pemimpin mereka sahaja.

Tapi kita tunggu apa kata penyokong-penyokong DAP terutama daripada puak PAS yang pastinya akan menuduh kerajaan atau SPR membuat penipuan dalam pilihanraya kali ini. Dah biasa dengar dah … hehe

PEMILIHAN PKR 2014 PENUH TIPU MUSLIHAT

Isu manipulasi undi pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kali ini semakin meruncing apabila kepemimpinan parti itu tampil mendesak supaya tindakan tegas dikenakan terhadap calon yang didapati terbabit.

Senario tidak sihat yang dikaitkan dengan calon dan penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali ini dikesan apabila ada dakwaan berlaku ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi di Cabang Batang Sadong, Sarawak.

Mengikut rekod, perkara seperti ini pernah berlaku pada pemilihan parti 2010 dan dilaporkan kepada JPP. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

Kejadian terbaharu ini turut mencetuskan kemarahan ramai dan mendorong Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menjalankan siasatan selepas menerima aduan pelbagai pihak.

Gesaan sama dikemukakan calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendesak Biro Politik parti supaya tidak berkompromi dengan mana-mana calon yang terbabit.

“PKR dan Pakatan Rakyat kecewa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) parti kerana tidak telus dalam pilihan raya. Jadi, JPP kena buat kajian dengan betul,” katanya di Bangunan SUK di Shah Alam, Rabu.

Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau masih tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan JPP mengenai insiden tersebut.

“Saya mesti dapatkan laporan yang tepat tentang perkara ini (blackout). Malah calon lain patut dimaklumkan mengenai situasi sebenar pada ketika itu,” katanya.

Pada Ahad, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak JPP membatalkan pencalonan Azmin dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

Susulan itu, Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul pada Isnin mengesahkan berlakunya kejadian terputus bekalan elektrik ketika pemilihan di Cabang Batang Sadong.

Sementara itu, di PETALING JAYA, Badrul Hisham yang juga Ketua Cabang PKR Rembau, mendakwa penipuan yang berlaku dalam proses pemilihan peringkat cabang sengaja dibuat untuk memenangkan calon tertentu.

Beliau yang dikenali sebagai Chegubard berkata, penipuan tersebut dilakukan kumpulan penyokong Azmin.

“Saya bersama rakan penyokong reformasi menghantar memorandum bantahan dan laporan penipuan kepada wakil JPP untuk tindakan lanjut.

“Kita tahu ada pengawas di tempat pengundian yang cuba memanipulasi undi untuk memenangkan calon tertentu. Justeru, kita harap JPP akan menyiasat dakwaan salah laku yang kita kemukakan ini dan akan mengambil tindakan segera ke atas pihak yang terlibat tanpa mengira pangkat atau kedudukan,” katanya kepada mStar Online.

TANGKAP @RAFIZIRAMLI

April 13, 2014 Leave a comment

Seluruh balai polis di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menerima laporan berhubung kenyataan menghasut drp Rafizi Ramli di dlm buku yg bertajuk ‘REFORMASI 2.0 FAKTA KES ANWAR IBRAHIM : DIMANA INTERGRITI MAHKAMAH’.

Laporan tersebut dibuat sebagai membidas tindakan Rafizi Ramli yg mempersoalkan intergriti sistem kehakiman dlm negara ketika bercerita mengenai kes Anwar Ibrahim.

Lapora polis turut dibuat kerana percaya buku berkenan boleh memberi kesan negatif kpd pembaca sekaligus menimbulkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat terhadap sistem kehakiman di Malaysia.

Kesalahan tersebut merupakan kesalahan dibawah seksyen 13 (penghinaan) Akta 91 Mahkamah Kehakiman 1964 dan merupakan suatu kecenderungan menghasut dibawah Seksyen 3 subseksyen (1) perenggan (c).

P/S: Harap agar Rafizi Ramli ini ditahan serta disiasat oleh polis serta merta

DAP BELASAH MB SELANGOR #PKRKACAUBILAU

April 9, 2014 Leave a comment

ADUN DAP belasah Khalid Ibrahim yang didakwa bekerja secara bersendirian dan seolah-olah tidak percaya kepada exco dan wakil rakyat lain.

Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) berkata kelemahan kerajaan Selangor sejak 2008 akibat pemusatan kuasa di tangan Khalid sehingga exco negeri “tiada kerja”.

Beliau membangkitkan apa salahnya kita kuasa itu diagihkan kepada exco lain seperti Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehin Muhyi dan Seri Kembangan.

“Kita tengok sekarang exco tak ada kerja. Kuasa berpusat di satu pihak sahaja. Terlalu banyak kuasa di tangan menteri besar. Semua di tangan MB.

“Apa salah agih-agihkan kuasa kepada exco lain, Adun Sijangkang (Yunus), Sabak (Sallehin) dan Seri Kembangan (Ean Yong).

Kemudian kita tengok prestasi mereka dalam laporan setiap setengah tahun.

“Jangan jadi one man show (bekerjasa sendirian). Penyakit kita one man show,” kata beliau.

Beliau yang juga ADUN Sekinchan selama tiga penggal berharap Khalid dan pentadbirannya dapat mendengar pandangan beliau.

Ng berkata demikian ketika membentangkan usul menjunjung kasih titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam. 

SYED SAIFULLAH (BUDAK BIADAP) DITANGKAP

April 7, 2014 Leave a comment

Berikutan laporan polis terhadap pemilik akaun facebook yang menunjukkan gambar cebisan daging dan terdapat wajah datin seri rosmah mansor.

Pada 6 apr 2014 lebih kurang jam 0010 pihak Polis Ibu pejabat kontinjen perak dan Ibu Pejabat Kontinjen Perak Tengah, perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak.

Saspek ialah syed ahmad saifullah bin hashim yang beralamat di seri iskandar, perak. Antara yang dirampas ialah :

1.sebuah h/phone jenama sony x peria
2.moniter komputer jenama acer warna hitam
3.cpu jenama power logic warna hitam
4.key board jenama power logic warna hitam
5.tetikus jenama power logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7.thumb drive tp-link warna putih/hitam
8.broadnand jenama celcom
9.kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10.set speker jenama vinnfier warna hitam
11.4 kabel komputer warna hitan
12.penyambung soket warna putih
13.multicard reader janama sbhc support warna kuning/putih
14.thumb drive jenama kongston warna hitam
15.mesin cetak jenama canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Saspek ditangkap bersangkut sentul rpt  5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK. Kes disiasat oleh ASP Hamka bin Mohammad.

Tahniah pihak polis atas tindakan segera!!

DUDUK DIAM KALAU TAK TAHU #PRAYFORMH370

April 4, 2014 Leave a comment

Kepada yang masih membuat spekulasi itu ini, dengar pesanan Ustaz Azhar Idrus. Duduk diam kalau tak tahu apa-apa.

 

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...