Archive

Posts Tagged ‘Hadi Awang’

14 ADUN PAS TAK NAK WAN AZIZAH

August 24, 2014 Leave a comment

wan_azizah ngangis

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Kami dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.”

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan “dalam masa terdekat” bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

Advertisements

AHLI PAS, JOM SIAP SEDIA LANGKAH MAYAT KARPAL

April 7, 2014 Leave a comment
KOTA BHARU – Hukum hudud bakal dikuatkuasakan di Kelantan selewat-lewatnya Januari tahun depan sekiranya Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membolehkan rang undang-undang persendirian dibentang dan diluluskan di Parlimen. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini membuat persiapan dan akan memilih sesi sesuai di Parlimen untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukuman itu sebagaimana diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan. “Rang undang-undang persendirian itu akan meminta sidang Parlimen meluluskan satu akta untuk membenarkan kerajaan negeri melaksanakan hukum jenayah Syariah di Kelantan sahaja. “Satu lagi rang undang-undang persendirian yang akan dibawa ialah bagi meminda Akta Mahkamah Shariah (Bidang kuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan supaya boleh menghukum sebagaimana peruntukan dalam Enakmen Hudud,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa Kerajaan Pusat bersedia untuk membuka laluan pelaksanaan hudud dan memberikan syarat agar ia dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Ahmad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan Negeri berkata, Akta Mahkamah Syariah yang ada sekarang mengehadkan hukuman syariah kepada ‘formula 356’ iaitu penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. Ahmad berkata, kerajaan negeri bersyukur dan berterima kasih atas kesediaan Kerajaan Persekutuan memberikan kerjasama serta komitmen bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukuman syariah di negeri ini. Menurutnya, keputusan berhubung perkara itu (mengemukakan rang undang-undang di Parlimen) telah diputuskan di dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam.
JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...