Archive

Posts Tagged ‘wan azizah’

14 ADUN PAS TAK NAK WAN AZIZAH

August 24, 2014 Leave a comment

wan_azizah ngangis

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Kami dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.”

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan “dalam masa terdekat” bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

“WAN AZIZAH BAKAL MB SELANGOR!” – ANWAR IBRAHIM

July 22, 2014 Leave a comment

WAN_AZIZAH_110314_TMINAZIRSUFARI_05_540_359_100

PETALING JAYA: PKR mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata nama isterinya itu akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum diajukan untuk perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Di tanya sama ada Khalid bersetuju untuk meletak jawatan, Anwar berkata “perbincangan masih diteruskan.”

“Nama yang dicadangkan dan diputuskan sebulat suara malam ini ialah Wan Azizah Wan Ismail yang dipercayai (akan) memberikan kestabilan bagi PKR dan PR,” kata Anwar selepas mempengerusikan mesyuarat tiga jam Majlis Pimpinan Pusat PKR di ibu pejabat parti.

Azizah turut serta pada mesyuarat itu. Bagaimanapun Khalid tidak menyertainya manakala timbalan presiden parti Azmin Ali juga tidak hadir kerana mengerjakan umrah di Mekah.

Anwar berkata keputusan untuk hanya mencalonkan nama Azizah dicapai secara konsensus.

PKR sebelum ini dikatakan berkemungkinan mencadangkan nama Azizah dan Azmin kepada istana Selangor.

Anwar berkata perbincangan akan diadakan dengan Khalid mengenai jadual peralihan kuasa namun menegaskan beliau (Khalid) “sudah tentu juga akan diminta meneruskan peranan (untuk) menasihati pentadbiran Selangor.”

Anwar selaku Ketua Umum PKR berkata peralihan kuasa daripada Khalid kepada Azizah perlu untuk menyelesaikan isu-isu tambahan sungguhpun Khalid telah banyak berjasa kepada Selangor.

” Kita juga akui bahawa prestasi Selangor membanggakan dan kita hargai khidmat Tan Sri Khalid dan banyak rekodnya,” kata beliau.

“Kita juga berpendapat harus ada langkah tambahan untuk menyelesaikan isu tambahan yang menimbulkan kegelisahan rakyat dan menarik keyakinan rakyat kepada PR untuk seterusnya,” tegas Anwar.

Beliau berkata peralihan kuasa itu akan membolehkan Pakatan Rakyat menyelesaikan isu-isu tertangguh seperti penstrukturan industri air dan pembinaan lebuhraya Kidex.

Khalid sebelum ini dilihat membelakangkan pimpinan PKR apabila mengikat perjanjian dengan Putrajaya untuk menguruskan industri air di Selangor. PKR menyifatkan perjanjian itu berat sebelah dan terbuka kepada kemungkinan pengguna Selangor dibeban dengan kenaikan tarif air yang tinggi sungguhpun Khalid menafikannya.

Wakil-wakil rakyat PKR dan DAP juga berang apabila Khalid dilihat bersetuju dengan cadangan Putrajaya untuk membina lebuhraya Kidex tanpa berunding dengan penduduk terbabit.

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...