Home > POLITIK > 10 Tuntutan HIMPUN

10 Tuntutan HIMPUN

Pada petang Sabtu lepas telah berlangsungnya satu perhimpunan yang menolak penularan kes murtad dikalangan umat Islam di negara ini. Walaupun kumankumin berada di Shah Alam, malangnya kumankumin tak dapat bersama-sama umat Islam yang lain kerana sibuk dengan tugas hakiki yang perlu didahulukan. Apapun kumankumin nak ucapkan tahniah kepada penganjur dan peserta yang telah menunjukkan sikap dan moral terpuji sebagai umat Islam dalam menyampaikan suara mereka.

Perhimpunan itu dilihat telah berlangsung dengan penuh aman dan tertib serta dijalankan di dalam stadium tanpa menganggu ketenteraman awam, tak macam perhimpunan bersih 2.0 yang diadakan dijalanan tak ubah seperti masyarakat tak bertamadun menunjuk perasan. DS Najib pon telah memuji perhimpunan ini yang dikatakan sesuai dengan tatsusila dan adat masyarakat Malaysia.

Jom kita baca deklarasi yang telah dipersetujui pada perhimpunan tersebut.

Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berjaya menarik penyertaan lebih 10,000 umat Islam di Stadium Shah Alam pada 22/10/2011 telah sepakat mengemukakan 10 deklarasi berikut :

  1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri.
  2. Kerajaan yang memerintah baik di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
  3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.
  4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
  5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tiada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami menggesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar.
  6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program penerangan menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.
  7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha menggugat kesucian Islam.
  8. Menyeru semua institusi dalam masyarakat teruatamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas mendidik anak-anak dan waris terdekat daripada terjebak dalam aktiviti pemesongan akidah.
  9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada media cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
  10. Menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir,melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pon telah berkata kerajaan akan memandang serius deklarasi tuntutan 10 perkara oleh Himpunan Sejuta Umat (Himpun) tersebut dan akan mengambil tanggungjawab dan akan berikan keutamaan bagi membendung gejala murtad umat Islam. Diulangi ‘umat Islam’. Takde pulak kate nak buat anti-kristian kan. Jadi kenapa pula ‘mereka’ kelam kabut dan panas bontot pulak.

Categories: POLITIK
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a comment

JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...