NUR JAZLAN MALAS LAYAN IBRAHIM ALI

December 15, 2014 Leave a comment

Nur Jazlan

Jawapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed untuk Ibrahim Ali yang mengaku wira Melayu dan Islam.

Jazlan berkata beliau enggan memberikan sebarang pandangan mahupun komen berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim, cukup sekadar menerimanya.

“Saya malas nak bagi cakap lebih-lebih, dan saya rasa tak perlu untuk jawab dengan orang yang tidak boleh menerima pandangan orang lain, ataupun terima jawapan lain.

“Saya tak pernah panggil PERKASA bangsat. Tak mengapalah, dia betul-lah tu, dia seorang sahajalah yang betul,” katanya.

“Bangsat betul mereka ini,” kata Ibrahim Ali kepada lima pemimpin Umno iaitu  Nur Jazlan, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Saifuddin Abdullah, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun.

Kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris sebelum itu, “Nur Jazlan pula, dia bangsat. Dia binatang, semasa berada di UDA, apa yang dia buat untuk bantu ekonomi Melayu.”

Sindiran Zaid Ibrahim untuk Ibrahim!! “Dulu orang panggil saya gedebe, katak, kemudian rasis rupanya hari ini Alhamdulillah saya tabal diri saya sendiri wira kepada orang-orang Melayu Islam di negara Malaysia.”

NUR JAZLAN DIFITNAH MAHU KELUAR UMNO

November 15, 2014 Leave a comment

Patutlah ada beberapa Blog Pro UMNO sehari dua ni heboh dengan cerita kononnya seorang Ahli Parlimen dari UMNO akan menyertai PKR Isnin ini..

Puncanya hanyalah kerana Ahli Parlimen UMNO ini telah berada satu pentas dengan Ambiga rupanya..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Najib label mereka sebagai ‘Bangang’ .. memang ‘bangang’ rupanya sepentas dengan Ambiga pun boleh difitnah nak keluar UMNO..

Sama pentas dengan Ambiga, Nur Jazlan difitnah keluar UMNO

Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum ‘Freedom of Expression Under Treat’ semalam.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

“Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

“Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi malam tadi.

MalaysiaGazette gagal mendapatkan komen daripada Nur Jazlan yang selalunya mudah untuk dihubungi.

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR

Categories: ISU SEMASA, POLITIK

ADAM ADLI BERSALAH

September 21, 2014 Leave a comment

10628440_442447162560824_6830830435235739542_n

KUALA LUMPUR – Bekas aktivis pelajar,  Adam Adli Abdul Halim dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, Mei tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Adam yang juga bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela Latheefa Koya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Categories: POLITIK

TUN M SURUH NAJIB LETAK JAWATAN?

September 11, 2014 Leave a comment

Apa dah jadi? Tun Mahathir sekali lagi membuat statement panas yang mana beliau akan letak jawatan jika beliau adalah Perdana Menteri ketika ini..

Adakah ini satu nasihat kepada Dato Seri Najib supaya beliau letak jawatan?

image

DR M: IF I AM THE PRESENT PRIME MINISTER, I WOULD RESIGN

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad continued his offensive against Putrajaya today, saying he would step down were he the prime minister of the current administration.

The former prime minister accused Putrajaya of failing to provide strong leadership and put Malaysia on the right path to development.

“If I am the present prime minister, I would resign,” Dr Mahathir said when asked by the audience on what his successors had failed to achieve and what he would do if he was still head of the government today.

Before that, Dr Mahathir had criticised Putrajaya’s various transformation programmes, calling them populist measures to win approval rather than develop the nation.

He also lashed out at the government’s continuation of direct cash handouts in the form of the 1 Malaysia People’s Aid (BR1M), saying it was only promoting public dependency on government support.

http://www.suara.tv/2014/09/10/dr-m-if-i-am-the-present-prime-minister-i-would-resign

Categories: ISU SEMASA

WAN AZIZAH TAK LAYAK – MAJLIS SYURA PAS

September 8, 2014 Leave a comment
Categories: POLITIK

KHALID JUMPA SULTAN MOHON BUBAR DUN HARI INI?

August 25, 2014 Leave a comment

image

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa memendekkan cuti rehat di luar negara susulan daripada peristiwa terbaru mengenai sokongan majoriti ADUN Selangor terhadap pencalonan Wan Azizah.

Baginda yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Ogos lalu terpaksa memendekkan masa perjumpaan dengan tujuan menyelesaikan permasalahan Menteri Besar Selangor.

Sudah tiba masanya suatu keputusan yang benar-benar memenuhi kehendak Islam disyariatkan dibuat dan diimplimentasi objektif kerajaan.

Sementara itu, Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan beliau akan menghadap bagi menyampaikan keputusan terkini Pakatan Rakyat.

“Saya akan maklumkan (Isnin) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan beri kenyataan media,” katanya kepada pemberita.

Ditanya kemungkinan beliau menghadap Sultan Selangor pada hari Isnin ini, Khalid Ibrahim hanya berkata perkara itu belum diketahui dan terserah kepada Sultan Selangor.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu Khalid Ibrahim mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Yang pasti PKR dan DAP mempunyai agenda tersendiri dalam mendesak Sultan Selangor menyegerakan pelantikan Wan Azizah sebagai calon Mengeri Besar Selangor.

Categories: POLITIK

14 ADUN PAS TAK NAK WAN AZIZAH

August 24, 2014 Leave a comment

wan_azizah ngangis

13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Kami dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia “bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini.”

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan “dalam masa terdekat” bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.

PEMILIHAN PKR 2014 : AKHIRNYA BERKAHIR …

August 21, 2014 Leave a comment

Screen-shot-2014-03-26-at-11_07_27-PM

 

Inilah satu-satunya keistimewaan PKR yang bertaraf dunia… sehinggakan pemilihan PKR 2014 ini lebih dari layak untuk masuk Guinness Book of Records... jika diambil kira tempoh panjang masanya, sejak bulan Mac hingga kini, hujung bulan Ogos.

Ini kerana, pemilihan Presiden Indonesia yang libat 178 juta pengundi pun kalah dengan PKR yang pengundinya lebih kurang 60,000 saja.

Kiranya pilihanraya umum (PRU) Malaysia yang dikendalikan SPR, kalah lama dah jika hendak banding dengan PKR. PRU Malaysia undi pagi, libatkan 13 juta orang, malam dah tahu keputusan.

Pemilihan Presiden Indonesia mula bulan April habis bulan Jun umum keputusan bulan Julai.

Pilihanraya India yang libat ratusan juta pengundi pun ambik masa sebulan.

PKR lagi hebat dari pilihanraya di Indonesia dan India… iaitu dari Mac sampai Ogos… ini baru sempoi.

Pada Khamis di pejabat PKR Tropicana Damansara, selepas ‘berkurun lamanya’ parti itu mengumumkan keputusan rasmi pemenangnya.

Ini selepas berbagai aksi, dari baling kerusi, blackout, kotok undi dilarikan, kira undi dalam bilik hotel, dan macam-macam lagi.

Juga jangan lupa, selepas calon timbalan presiden Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibuang dari parti.

Keputusannya, wahasil balik asal, tak ada kejutan, untuk jawatan nombor satu, Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding.

Ini selepas pencabarnya, suami sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tarik diri.

Bagi jawatan nombor dua, Azmin Ali mempertahankan jawatan tersebut selepas mengalahkan setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Azmin dapat 22,562 undi, Saifuddin 10,743 undi. Seorang lagi calon Khalid Ibrahim sudah terima ‘kad merah’ dan dibuang dari parti.

Undi terakhir Khalid sebelum ini diumumkan lebih 21 ribu.

Pengumuman pemenang itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media pagi ini.

Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mengekalkan jawatan yang disandang.

Nurul Izzah mendapat  29,712 undi manakala Tian Chua dengan  22, 324 undi.

Dua muka baru bagi jawatan naib presiden ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli.

Nurul Izzah, Tian Chua dan Rafizi adalah satu kem, ketua kem mereka, Saifuddin yang kalah dengan Azmin.

Shamsul pulak kem Azmin.

Manakala untuk jawatan Ketua AMK pemenangnya Nik Nazmi Nik Ahmad, dari kem Saifuddin, dan untuk Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dari kem Azmin berjaya mempertahankan kedudukannya.

Jika tengok senarai nama pemenang, orang kata, serupa saja, tak ada reformasi tak mana pun.

Yang kekal jadi ketua umum (ketum) jawatan yang tiada dalam perlembagaan parti adalah Anwar Ibrahim.

Boleh releks goyang kaki kemudian dakwa dia memimpin parti paling demokratik di Malaysia.

 

SUMBER : AGENDA DAILY – 21/8/2014

Categories: POLITIK

MALAYSIA BERKABUNG – 22 OGOS 2014

August 21, 2014 1 comment

10325383_10152393563894998_6219954111852517552_n

 

Esok, Jumaat, 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah akan menjadi sebahagian lipatan sejarah negara kerana diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara.

Selama sebulan lima hari waris penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 menanti penuh sabar dan debar akan ‘kepulangan’ orang tercinta sejak menerima berita menggemparkan tentang tragedi yang menimpa pesawat dinaiki mereka pada 17 Julai lalu, Jumaat ini bagi sebahagian daripadanya adalah titik pengakhiran sebuah penantian.

Sekurang-kurangnya 20 daripada 43 jasad warganegara ini yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 298 orang penumpang dan anak kapal itu akhirnya akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) – destinasi terakhir untuk penerbangan terakhir mereka di dunia ini.

Istiadat penerimaan dan penghormatan jenazah mangsa MH17 pun sudah diatur. Ringkas namun penuh makna.
Pelaksanaannya adalah seperti berikut :

1.1 Tafakur selama 1 minit antara tempoh 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
1.2 Pada masa bertafakur orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minit. Bagi yang beragama Islam membaca Al fatihah dan yang bukan beragama Islam berdoa mengikuti agama masing-masing.
1.3 Pengumuman mula bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan tv.

2. Lokasi tafakur yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

Johor : Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), Johor Bahru
Pulau Pinang : Jambatan Pulau Pinang (jambatan lama)
WPKL : Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad
Selangor : KLIA 1 dan KLIA 2
Sarawak : Pasar Satok, Kuching
Sabah : Hadapan Hotel Hyatt Regency, Kota Kinabalu

3. Bagi tujuan publisiti :

· RTM membuat liputan tempoh tafakur.
· Memaklumkan kepada pihak media massa untuk turut membuat liputan tafakur.
· Membuat rakaman foto dan menghebahkan di media sosial.
· Membuat hebahan umum (unit bergerak) di lokasi tafakur (termasuk menyiarkan siaran langsung radio semasa tempoh menunggu untuk bertafakur bagi memudahkan orang ramai mengetahui masa mula bertafakur).

Semoga rakyat Malaysia akan bertakaful secara sukarela dengan penuh ikhlas bersimpati terhadap keluarga mangsa. Jangan sekali-kali mempolitikkan tragedi ini mahupun upacara khas esok. Ketepikan sementara apa jua perbezaan antara kita.

Takziah Malaysia.

Categories: ISU SEMASA

TAKZIAH : ADUN PENGKALAN KUBOR MENINGGAL DUNIA

August 20, 2014 Leave a comment

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.

Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham

 

559247_319574834800602_38959110_n

Categories: ISU SEMASA
JohorXPress

Real Times, Real News

Kuman Kumin

pabila Kuman Kumin bercerita ...